Monday, 18 June 2012

Ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!



 “Awak ambik kos pendidikan Islam...”.




“tak…”


“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”


“Tak juga, saya program sains la…”


“saya ingatkan ustazah tadi…”


Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…



Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..

ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...



Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)


Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.


"Dahtu kenapa bertudung labuh?"


Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…


“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”



Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…


Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…


“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”


Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.


“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”


“Kenapa saya”


“Sebab saya tengok awak alim je”


“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"


Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…


Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.



Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D


*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...



*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

Sunday, 10 June 2012

Split Personality



                 Ada tak siapa-siapa yang pernah dengar pasal ‘split personality’? Ana pun baru tahu dan baru dengar lepas ana buat ujian personaliti dengan kaunselor di universiti ana. Dia tak jelaskan sangat pasal personaliti tu sebab masa tu buat ujian ramai-ramai dan secara rawak. Ana dapat split personaliti. Maksud dia ada dua personaliti dalam diri ana. Mungkin ana boleh jadi sefeminin yang boleh atau ana boleh juga jadi semaskulin yang boleh. Betul ke??? Ana sendiri pun tak tahu… yang ana perasan selama ni,ana ni seorang yang tak tentu… atau orang putih kata ‘unpredictable’. Kadang-kadang ana jadi ganas dan kadang-kadang ana jadi lembut sangat. Ada masa ana suka layan lagu-lagu yang keras contohnya lagu kumpulan Linkin Park, All Time Low, Simple Plan, Bunkface…Sampaikan ana hafal semua lagu-lagu tu. Dan pada masa yang lain pula ana suka layan lagu-lagu nasyid dan lagu yang slow. Mungkin ini semua pengaruh dari adik lelaki dan abang ana sebab dalam adik-beradik,ana seorang je perempuan. Ana pun tak tahu kenapa… ana juga suka main gitar… kalau nak dilihat dari luaran ana tak nampak ganas pun. ana tak tahu split kat mana personaliti ana ni… ada seseorang pernah kata ana ni ‘hipokrit’ bila ana dengar lagu ganas-ganas tu… tapi dah minat ana nak buat macam mana…tapi ana tak ada la dengar sampai lupa benda lain…hehe ana kadang-kadang akan jadi seorang yang banyak cakap dan kadang-kadang ana jadi seorang yang pendiam dan tak tahu nak cakap apa. Tapi ana tak kesah pun orang nak cakap apa tentang diri ana sebab ana anggap je yang mereka tu masih tidak mengenali ana dengan sepenuhnya lagi. Ada satu masa ana suka menyendiri dan melayan perasaan. Ana tahu tak bagus buat macam tu. Hehe tapi itu cara ana muhasabah diri ana. Kalau tak, ana akan terus lalai dan leka.
              Selain daripada ujian personaliti yang ana buat dengan kaunselor tu, ana juga ada buat ujian warna. Ana dapat warna ‘Biru’. Dan kaunselor tu bagitahu berdasarkan penilaian dia pada diri ana. Kaunselor tu cakap warna biru ni seorang yang :
1.   Sangat romantik
2.  Ingin disayang dan menyayangi
3.  Suka bergantung pada orang lain
4.  Tidak boleh membuat keputusan sendiri dan perlukan orang lain untuk buat keputusan
5.   Tidak boleh duduk bersendirian
6. Selalu perlukan seseorang untuk bercakap
7.  Selalu nak berkongsi masalah dengan seseorang
8. Pendengar yang setia dan kawan-kawan boleh jumpa kalau nak luahkan apa-apa masalah
9. Abang dan adik lelaki selalu manjakan dia
10.  Tidak suka berfikir sangat tapi kalau sekali berfikir boleh kalah Albert Ainstein
11.  Banyak berfikir akan membuatkan dia sakit kepala
12.  Suka tolong orang
13.  Penyayang
14.  Mudah bersimpati pada orang lain
15.  Suka belanja orang kalau ada duit lebih
16.  Kalau tengah tertekan dia akan buat kerja-tapi yang selalu dia buat masa tertekan ialah mengemas dan sebenarnya dia suka mengemas
17.  Imaginasi tinggi dan suka berangan-angan
18.  Suka akur saja apa yang orang suruh atau pun suka ikut je la apa yang disuruh
19.  Tidak boleh jadi pemimpin dan hanya boleh jadi pengikut saja
20.  Terlalu ingin jadi macam orang yang dia tengok bagus untuk dia
21.  Suka buat muka
22.  Suka bersaing dalam diam
23.  Ada masalah cinta yang kronik (tapi sekarang dah tak ada masalah cinta dah!!!)
24.  Bersifat kekakakkan (hakikatnya tak!!!. Perangai cam budak-budak je...)

            Walau apa pun yang diberitahu oleh kaunselor tu mengenai personaliti ana, dia pesan jangan terus menganggap bahawa itu adalah benar. Ada yang boleh diubah. Kekalkan yang positif dan ubah yang negatif. Bagi ana, ini semua sebagai motivasi kepada diri ana untuk menjadi insan yang berfikir. Kalau ana ni seorang yang tidak suka berfikir, cuba untuk jadi seseorang yang berfikiran kritis. Kalau ana seorang yang suka bergantung pada orang lain sampai keputusan pun orang lain yang buat, ana kena berubah untuk jadi orang yang tidak mengharapkan sesiapa dan setinggi-tinggi pengharapan hanyalah kepada yang Maha Satu,Allah S.W.T… Ana selalu berdoa agar Allah S.W.T. mempermudahkan urusan ana dan urusan orang lain kerana setiap yang kita rancang untuk hidup kita adalah terlaksana atas keizinanNya. Kita merancang, Allah S.W.T. juga telah merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah S.W.T…

Sunday, 3 June 2012

Warkah Cinta Buat Naim...


Assalamualaikum….

Pertama sekali,Fathin minta maaf jika kehadiran surat ini mengganggu Naim. Fathin juga harap Naim berlapang dada dengan apa yang ingin Fathin perkatakan. Naim,kerana sayang inilah Fathin terpaksa meninggalkan Naim. Fathin tidak sanggup melihat Naim terus lalai dan leka. Naim sedar tak bahawa sudah banyak dosa yang kita lakukan bersama? Kisah cinta kita ini sebenarnya mengundang banyak fitnah. Naim,mana mungkin Fathin melupakan kasih yang telah hampir 4 tahun kita bina. Namun, kerana cinta Allah dan Rasul itu, Fathin perlu berubah untuk mengenal Allah dan Rasulullah. Ibu Fathin ada berpesan kepada Fathin. Kata ibu, “Sesuatu yang kita sangka baik tidak semestinya terbaik buat kita kerana kita manusia. Fathin mesti selalu ingat bahawa Allah maha mengetahui yang terbaik buat kita. Kalau Fathin ingkar perintah Allah,Fathin lupakan Rasulullah,maka Fathin tidak akan bertemu bahagia…” . sesungguhnya tidak ada manusia yang akan dapat lari dari kematian. Di Mahsyar Allah nanti, tidak ada pengharapan lain yang ada melainkan syafaat Rasulullah. Menitis air mata Fathin bila terbaca kisah bagaimana rindunya Rasulullah pada kita, kepada Fathin dan juga Naim. Atas usaha,kegigihan, dan pengorbanan Bagindalah Fathin dan Naim bertemu. Kita diajar tentang kasih sayang dan cinta yang suci sebagaimana telah ditetapkan dalam syariat yang dibawa Baginda Rasulullah. Tanpa darah Baginda yang mengalir di Uhud dan Taif,tanpa luka-luka yang Baginda alami di Mekah,tidak mungkin Islam itu akan sampai dan mengajarkan kepada kita tentang kasih sayang. Namun, kenapa kita sendiri yang memesongkannya? Di saat tidak bermakna cinta manusia nanti, kita masih lagi menjadi umat yang dicintai Rasulullah. Tetapi tidak malukah kita mengaku sebagai umat yang mencintai Baginda sedang kita penuhkan kehidupan kita dengan perbuatan maksiat? Rasulullah masih lagi mencintai Naim,mencintai Fathin kerana seluruh kehidupan baginda adalah untuk kita,umatnya. Jika Rasulullah ada di hadapan kita sekarang dan menyaksikan perbuatan kita yang keji ini,alangkah dukacitanya Baginda. Kita membalas segala pengorbanan,air mata dan darah baginda dengan menjadi umat yang rosak. Naim,Baginda Rasulullah telah terlebih dahulu berdoa untuk Naim,untuk Fathin. Berdoa agar kita diringankan siksa kematian, berdoa agar kita menjadi umat yang bahagia, umat yang merasa cinta yang sebenar. Naim, Fathin memilih untuk mengasihi Rasulullah lebih dari apa pun. Fathin ingin penuhkan hati Fathin dengan kecintaan kepada Baginda setulusnya. Tidak sekali Fathin ingin kongsikan dan mencemarkan rasa cinta ini dengan cinta yang bertuankan nafsu manusia. Maafkan Fathin…Fathin  telah memilih Rasulullah. Fathin telah memilih untuk bahagia dengan cinta kepada Baginda. Hidayah itu milik Allah,Cinta itu juga milik Allah. Segala yang kita lihat, segala yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata. Sekarang Fathin sedar yang Fathin tidak ada apa untuk berkongsi dengan Naim melainkan rasa cinta kepada Rasulullah. Ketahuilah Shahrul Naim Bin Ibrahim bahawa namamu sentiasa dalam doaku. Dengan air mata dosa ini,Fathin panjatkan doa kepada Allah agar melembutkan hati Naim,menyuburkan cinta Naim kepada Baginda Rasulullah kerana Fathin yakin lelaki sebaik Naim akan menjadi yang terbaik bila mengenal erti cinta kepada Rasulullah S.A.W..