Tuesday, 4 December 2012

Dilema Keimanan

Assalamualaikum....
                           Hari ni ana tertanya-tanya pada diri ana... Ditahap manakah keimanan ana? adakah cukup dengan ana solat 5 waktu sehari semalam? Berapa kali dalam sebulan ana bangun malam untuk solat tahajjud? Mana solat2 sunat yang seharusnya ana lakukan? Cukupkah dengan sekadar solat sunat Dhuha yang kadang2 ana lakukan sebelum ana berangkat ke kuliah? Berapa muka sahaja dari helaian Al-Quran yang ana baca setiap hari? sudah banyakkah zikir yang sepatutnya lidah ana lazimi? Bagaimana pula ukhuwah ana dengan ibu bapa,sahabat & guru??? persoalan2 serta dilema keimanan ini menghantui fikiran dan telah menjentik hati ana untuk berfikir sejenak....ana berasa malu dengan Sang Pencipta dan Kekasihnya... ana masih lagi lalai dan leka di atas muka bumi yang menunggu masa sahaja untuk rebah dan hancur... teringat cerita dari seorang pensyarah ana yang berkisar mengenai bagaimana pedih peritnya menanggung derita perjalanan di padang Mahsyar nanti...perkara tersebut telah diceritakan di dalam Al-Quran iaitu dalam surah As-saffat.... pensyarah ana juga menceritakan mengenai bagaimana seksa api neraka yang terkandung dalam surah Ar-Rahman.... Rasulullah SAW telah diangkat ke langit oleh Allah SWT untuk melihat sendiri bagaimana seksanya keadaan Neraka dan bagaimana indahnya suasana di dalam Syurga...ternyata di dalam Neraka itu betapa ramainya kaum wanita berbanding kaum lelaki...mereka diseksa kerana semasa di Dunia,mereka sering mendedahkan aurat dan berkata-kata perkara yang sia2...rambut mereka dibakar...mereka diberi minum dari cecair yang menggelegak dan teramat panas...mereka diseksa dan diseksa berkali2...na'uzubillah...Jauhkanlah diri ini dari seksa api neraka...
                           
                          Terdetik di hati ingin memperbaiki diri yang masih lagi terkapai-kapai di alam mimpi... kadang kala kita banyak menilai diri orang lain sehingga terlupa menilai diri sendiri... mungkin mereka yang meminta sedekah di tepi2 lorong itu lebih dekat dirinya dengan Allah SWT berbanding kita yang sibuk mencari ilmu dunia yang belum tentu menjamin kita di mahsyar nanti...cemburu ana pada anak2 kecil yang sudah dididik dengan ilmu agama sejak sebelum kelahiran mereka lagi di mana ayah dan ibu mereka mengamalkan segala yang disyariatkan oleh agama kita iaitu agama Islam...di mana akhlak mereka terdidik sejak remaja lagi...mereka menjauhi zina,mendekatkan diri dengan masjid,menyibukkan diri berdakwah dengan sahabat seperjuangan...cemburunya...
                       
                          Bersyukur ke hadrat Allah SWT...benar...benarlah Allah itu Maha Penyayang....dia menegur ana dan juga para sahabat sekalian dengan menghadirkan rasa keinsafan di hati untuk memperbaiki kelemahan diri....Dia menegur hati2 kita dengan bermacam2 cara...ada yang melalui perantara manusia,melalui bencana alam, dan ada juga melalui rasa sakit dari kejadian kemalangan atau sebagainya...semoga kita sama2 mentarbiah diri untuk mengecapi Rahmat dan RedhaNya....InsyaAllah...

Monday, 18 June 2012

Ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!



 “Awak ambik kos pendidikan Islam...”.




“tak…”


“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”


“Tak juga, saya program sains la…”


“saya ingatkan ustazah tadi…”


Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…



Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..

ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...



Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)


Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.


"Dahtu kenapa bertudung labuh?"


Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…


“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”



Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…


Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…


“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”


Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.


“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”


“Kenapa saya”


“Sebab saya tengok awak alim je”


“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"


Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…


Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.



Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D


*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...



*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

Sunday, 10 June 2012

Split Personality



                 Ada tak siapa-siapa yang pernah dengar pasal ‘split personality’? Ana pun baru tahu dan baru dengar lepas ana buat ujian personaliti dengan kaunselor di universiti ana. Dia tak jelaskan sangat pasal personaliti tu sebab masa tu buat ujian ramai-ramai dan secara rawak. Ana dapat split personaliti. Maksud dia ada dua personaliti dalam diri ana. Mungkin ana boleh jadi sefeminin yang boleh atau ana boleh juga jadi semaskulin yang boleh. Betul ke??? Ana sendiri pun tak tahu… yang ana perasan selama ni,ana ni seorang yang tak tentu… atau orang putih kata ‘unpredictable’. Kadang-kadang ana jadi ganas dan kadang-kadang ana jadi lembut sangat. Ada masa ana suka layan lagu-lagu yang keras contohnya lagu kumpulan Linkin Park, All Time Low, Simple Plan, Bunkface…Sampaikan ana hafal semua lagu-lagu tu. Dan pada masa yang lain pula ana suka layan lagu-lagu nasyid dan lagu yang slow. Mungkin ini semua pengaruh dari adik lelaki dan abang ana sebab dalam adik-beradik,ana seorang je perempuan. Ana pun tak tahu kenapa… ana juga suka main gitar… kalau nak dilihat dari luaran ana tak nampak ganas pun. ana tak tahu split kat mana personaliti ana ni… ada seseorang pernah kata ana ni ‘hipokrit’ bila ana dengar lagu ganas-ganas tu… tapi dah minat ana nak buat macam mana…tapi ana tak ada la dengar sampai lupa benda lain…hehe ana kadang-kadang akan jadi seorang yang banyak cakap dan kadang-kadang ana jadi seorang yang pendiam dan tak tahu nak cakap apa. Tapi ana tak kesah pun orang nak cakap apa tentang diri ana sebab ana anggap je yang mereka tu masih tidak mengenali ana dengan sepenuhnya lagi. Ada satu masa ana suka menyendiri dan melayan perasaan. Ana tahu tak bagus buat macam tu. Hehe tapi itu cara ana muhasabah diri ana. Kalau tak, ana akan terus lalai dan leka.
              Selain daripada ujian personaliti yang ana buat dengan kaunselor tu, ana juga ada buat ujian warna. Ana dapat warna ‘Biru’. Dan kaunselor tu bagitahu berdasarkan penilaian dia pada diri ana. Kaunselor tu cakap warna biru ni seorang yang :
1.   Sangat romantik
2.  Ingin disayang dan menyayangi
3.  Suka bergantung pada orang lain
4.  Tidak boleh membuat keputusan sendiri dan perlukan orang lain untuk buat keputusan
5.   Tidak boleh duduk bersendirian
6. Selalu perlukan seseorang untuk bercakap
7.  Selalu nak berkongsi masalah dengan seseorang
8. Pendengar yang setia dan kawan-kawan boleh jumpa kalau nak luahkan apa-apa masalah
9. Abang dan adik lelaki selalu manjakan dia
10.  Tidak suka berfikir sangat tapi kalau sekali berfikir boleh kalah Albert Ainstein
11.  Banyak berfikir akan membuatkan dia sakit kepala
12.  Suka tolong orang
13.  Penyayang
14.  Mudah bersimpati pada orang lain
15.  Suka belanja orang kalau ada duit lebih
16.  Kalau tengah tertekan dia akan buat kerja-tapi yang selalu dia buat masa tertekan ialah mengemas dan sebenarnya dia suka mengemas
17.  Imaginasi tinggi dan suka berangan-angan
18.  Suka akur saja apa yang orang suruh atau pun suka ikut je la apa yang disuruh
19.  Tidak boleh jadi pemimpin dan hanya boleh jadi pengikut saja
20.  Terlalu ingin jadi macam orang yang dia tengok bagus untuk dia
21.  Suka buat muka
22.  Suka bersaing dalam diam
23.  Ada masalah cinta yang kronik (tapi sekarang dah tak ada masalah cinta dah!!!)
24.  Bersifat kekakakkan (hakikatnya tak!!!. Perangai cam budak-budak je...)

            Walau apa pun yang diberitahu oleh kaunselor tu mengenai personaliti ana, dia pesan jangan terus menganggap bahawa itu adalah benar. Ada yang boleh diubah. Kekalkan yang positif dan ubah yang negatif. Bagi ana, ini semua sebagai motivasi kepada diri ana untuk menjadi insan yang berfikir. Kalau ana ni seorang yang tidak suka berfikir, cuba untuk jadi seseorang yang berfikiran kritis. Kalau ana seorang yang suka bergantung pada orang lain sampai keputusan pun orang lain yang buat, ana kena berubah untuk jadi orang yang tidak mengharapkan sesiapa dan setinggi-tinggi pengharapan hanyalah kepada yang Maha Satu,Allah S.W.T… Ana selalu berdoa agar Allah S.W.T. mempermudahkan urusan ana dan urusan orang lain kerana setiap yang kita rancang untuk hidup kita adalah terlaksana atas keizinanNya. Kita merancang, Allah S.W.T. juga telah merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah S.W.T…

Sunday, 3 June 2012

Warkah Cinta Buat Naim...


Assalamualaikum….

Pertama sekali,Fathin minta maaf jika kehadiran surat ini mengganggu Naim. Fathin juga harap Naim berlapang dada dengan apa yang ingin Fathin perkatakan. Naim,kerana sayang inilah Fathin terpaksa meninggalkan Naim. Fathin tidak sanggup melihat Naim terus lalai dan leka. Naim sedar tak bahawa sudah banyak dosa yang kita lakukan bersama? Kisah cinta kita ini sebenarnya mengundang banyak fitnah. Naim,mana mungkin Fathin melupakan kasih yang telah hampir 4 tahun kita bina. Namun, kerana cinta Allah dan Rasul itu, Fathin perlu berubah untuk mengenal Allah dan Rasulullah. Ibu Fathin ada berpesan kepada Fathin. Kata ibu, “Sesuatu yang kita sangka baik tidak semestinya terbaik buat kita kerana kita manusia. Fathin mesti selalu ingat bahawa Allah maha mengetahui yang terbaik buat kita. Kalau Fathin ingkar perintah Allah,Fathin lupakan Rasulullah,maka Fathin tidak akan bertemu bahagia…” . sesungguhnya tidak ada manusia yang akan dapat lari dari kematian. Di Mahsyar Allah nanti, tidak ada pengharapan lain yang ada melainkan syafaat Rasulullah. Menitis air mata Fathin bila terbaca kisah bagaimana rindunya Rasulullah pada kita, kepada Fathin dan juga Naim. Atas usaha,kegigihan, dan pengorbanan Bagindalah Fathin dan Naim bertemu. Kita diajar tentang kasih sayang dan cinta yang suci sebagaimana telah ditetapkan dalam syariat yang dibawa Baginda Rasulullah. Tanpa darah Baginda yang mengalir di Uhud dan Taif,tanpa luka-luka yang Baginda alami di Mekah,tidak mungkin Islam itu akan sampai dan mengajarkan kepada kita tentang kasih sayang. Namun, kenapa kita sendiri yang memesongkannya? Di saat tidak bermakna cinta manusia nanti, kita masih lagi menjadi umat yang dicintai Rasulullah. Tetapi tidak malukah kita mengaku sebagai umat yang mencintai Baginda sedang kita penuhkan kehidupan kita dengan perbuatan maksiat? Rasulullah masih lagi mencintai Naim,mencintai Fathin kerana seluruh kehidupan baginda adalah untuk kita,umatnya. Jika Rasulullah ada di hadapan kita sekarang dan menyaksikan perbuatan kita yang keji ini,alangkah dukacitanya Baginda. Kita membalas segala pengorbanan,air mata dan darah baginda dengan menjadi umat yang rosak. Naim,Baginda Rasulullah telah terlebih dahulu berdoa untuk Naim,untuk Fathin. Berdoa agar kita diringankan siksa kematian, berdoa agar kita menjadi umat yang bahagia, umat yang merasa cinta yang sebenar. Naim, Fathin memilih untuk mengasihi Rasulullah lebih dari apa pun. Fathin ingin penuhkan hati Fathin dengan kecintaan kepada Baginda setulusnya. Tidak sekali Fathin ingin kongsikan dan mencemarkan rasa cinta ini dengan cinta yang bertuankan nafsu manusia. Maafkan Fathin…Fathin  telah memilih Rasulullah. Fathin telah memilih untuk bahagia dengan cinta kepada Baginda. Hidayah itu milik Allah,Cinta itu juga milik Allah. Segala yang kita lihat, segala yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata. Sekarang Fathin sedar yang Fathin tidak ada apa untuk berkongsi dengan Naim melainkan rasa cinta kepada Rasulullah. Ketahuilah Shahrul Naim Bin Ibrahim bahawa namamu sentiasa dalam doaku. Dengan air mata dosa ini,Fathin panjatkan doa kepada Allah agar melembutkan hati Naim,menyuburkan cinta Naim kepada Baginda Rasulullah kerana Fathin yakin lelaki sebaik Naim akan menjadi yang terbaik bila mengenal erti cinta kepada Rasulullah S.A.W..











Monday, 14 May 2012

Rahsia Tarikh Lahir~ku....


         

         Ana dilahirkan pada 29 Disember 1991... tapi sejak ana umur satu tahun ana sambut ulang tahun hari jadi ana pada 29 Januari… Aik? Macam mane tu? Ye la,sebab kat Sijil Kelahiran ana tulis 29 Januari 1992… Aik? Lagi pelik?    Hehehe jangan buat muka macam pelik sangat….hudoh! haha sebenarnya macam ni…
         Ana memang lahir pada 29 Disember pada tahun 1991…tapi ana pernah menggunakan tarikh yang salah selama 12 tahun sejak ana mendapat sijil kelahiran…ceritanya bermula apabila ayah ana terlambat mendaftar sijil kelahiran ana di balai polis berdekatan dek kerana sibuk menguruskan ana dan ibu ana serta abang ana…mungkin ayah ana terlampau ‘excited’ dapat anak perempuan atau mungkin ayah ana masih memikirkan nama yang sesuai dan cantik buat puteri yang dicintainya…hehe  setelah lebih kurang seminggu barulah nama ana didaftarkan…waktu tu dah masuk tahun baru 1992… polis yang bertanggungjawab dan bertugas pada hari ayah ana pergi mendaftarkan kelahiran ana tu mungkin terlampau seronok meraikan tahun baru sehinggakan tersalah tulis tarikh lahir ana pada sijil kelahiran tersebut… dan ana tak tahu la siapa yang tersalah sebut dan siapa yang tersalah dengar… sampai ayah ana pun tak perasan…setelah selesai, maka sijil kelahiran tersebut di bawa pulang ke rumah dan ditunjukkan kepada ibu…
     Ibu yang sangat perihatin memeriksa sijil kelahiran ana tersebut…alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati tarikh lahir ana salah… mana mungkin ana dapat sijil kelahiran sebelum dilahirkan??? Waktu tu 29 Januari 1992 pun belum menjelang lagi… sedangkan ana lahir 29 Disember 1991… ya, hari tu dah betul… tapi bulan? apatah lagi tahun… beza setahun tu… ana tak tahu la masa tu berlaku perang antara ibu dan ayah ana atau tak…tapi mereka bahagia sampai sekarang… hehe  memang waktu tu ibu ana cakap kalau silap ke apa ke atas sijil kelahiran memang tak boleh padam dah… jadi,ana pun sampai besar la guna tarikh lahir tu… 29 Januari 1992… daftar masuk sekolah pon guna tarikh lahir tu… sama dengan mereka-mereka yang dilahirkan pada tahun 1992… maka rugilah setahun hidup ana… tapi kawan-kawan ana tak tahu pun tentang ni dan ana sendiri tak tahu pun lagi masa ni…
      Namun begitu,setelah ana mencecah usia 12 tahun,atuk ana bawa ana pergi Pejabat Pendaftaran (PP) untuk buat IC ataupun Kad Pengenalan… ayah ana ada cuma dia sibuk masa ni…maka atuk ana yang hensem dan baik hati pun membawa ana ke PP… sampai saja di PP,kami masuk ke dalam ruang menunggu…kemudian,staf yang bertugas suruh isikan borang maklumat sebelum tunggu untuk ambil gambar…ana pun isi borang tu dengan tulisan yang paling cantik..hehe setelah siap,ana menyerahkan kembali borang tersebut kepada staf dan dia juga meminta sijil kelahiran ana sebagai rujukan… ana duduk di kerusi menunggu…tapi tidak lama selepas tu ana dipanggil semula oleh staf berkenaan…dia kata pada ana, : “Adik,erm…tarikh lahir adik di sijil kelahiran ni salah la…computer kami dapat mengesannya. Adik diminta untuk mengisi borang ni untuk membuat sijil kelahiran yang baru sebelum kami membuat kad pengenalan adik. Ini adalah tarikh lahir yang sebenar. ”  Ana yang tak tahu apa-apa terkejut dan pelik memandang kertas yang dihulurkan oleh staf tersebut yang tertera satu tarikh yang asing bagi ana (29 Disember 1991)…kenapa selama ni ana tak diberitahu? Ibu dan ayah terlupa barangkali… setelah selesai urusan menukar sijil kelahiran baru dan membuat kad pengenalan,ana dan atuk pulang ke rumah… di rumah,pelbagai soalan ana ajukan kepada ibu..dan ibu pun menceritakan satu persatu kepada ana dengan jelas… ok,ana rasa macam nak saman polis yang silap tulis tarikh lahir ana tu… kalau dia masih ada… hehe huisy,tak payah la… benda dah lama pun…
     Setelah tamat darjah 6,tahun berikutnya ana mendaftar ke sekolah menengah…dan sejak itu masalah mengenai tarikh lahir ana pun mula dipersoalkan…setiap kali ana menyerahkan salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran kepada guru sekolah,pasti selepas itu ana akan dipanggil semula oleh guru berkenaan… ana pun menerangkan panjang lebar… dan kawan-kawan sekelas dan setingkatan pun akan bertanya benda yang sama… “Eh,Fathin,kenapa kamu lahir tahun 1991? Sepatutnya kamu lahir tahun 1992 sama macam kami semua..”  dan berbuihlah mulut ana sebab asyik citer benda yang sama setiap kali orang mempersoalkan tarikh lahir ana… sampaikan masa ana daftar masuk asrama,penyelia asrama panggil ana ke pejabat dia…ana ingat ana masih tak bayar yuran makan untuk bulan tu, tapi rupa-rupanya nak tanya pasal tarikh lahir…sebelum tu penyelia asrama tu ada menanyakan hal tersebut kepada warden,tapi jawapan warden tu mungkin meragukan…hehe nak tahu warden tu cakap ape : “owh,budak tu peralihan sekolah agama tu…” sedangkan ana sekolah agama pun sampai darjah 3 je… itu pun sekolah petang… bukan sekolah rendah agama penuh pun…hehe tidak mengapalah… nasib baik ana boleh ambil PMR dan SPM… jadi,tak ada masalah sangat la kan…
       Kemudian,setelah habis sekolah,masuk Universiti pula…benda yang sama dan soalan yang sama ditanya oleh rakan-rakan dan pensyarah…kalau ada pensyarah yang kesah,dia akan tanya…yang tak kesah,Alhamdulillah…tak payah la ana nak bercerita panjang lebar…tapi dalam kelas ana ada juga seorang lagi kawan ana yang lahir pada tahun 1991 sama macam ana… ha,dia baru betul peralihan sekolah agama…sebab dia sekolah agama dari Tingkatan 1… dia sendiri cerita macam tu… tapi kat U orang mula-mula fikir yang ana pun sama macam kawan ana tu,peralihan sekolah agama sebab cara pemakaian ana dan ‘style’ ana dari start masuk semester 1 memang mengalahkan budak lepasan sekolah agama…hehe sampaikan orang yang nak mula berkenalan dengan ana pun akan tanya soalan macam ni : “ Anti ni dari sekolah agama mana? “   soalan tu memang dah lali sama macam soalan mengenai tarikh lahir tu… tak kesahlah,yang penting sekarang ana bahagia hidup dengan tarikh lahir yang baru… Oppsss…bukan yang baru,tapi yang asal… “tarikh lahir yang asal”… kalau ikutkan ana dah tamat pengajian diploma sekarang ni…tapi disebabkan masih ikut ‘flow’ perjalanan tahun ana ‘start’ daftar sekolah dulu,ana terpaksa mengikut pengajian diploma yang masih berbaki lagi setahun bersama-sama dengan mereka yang ‘bach’ 1992…agak kerugian di situ…tapi tak mengapalah… walaupun ana paling tua dalam kalangan rakan-rakan,ana tak nafikan yang perangai ana masih kebudak-budakkan…kadang kala tak matang pun…hehe sampai satu tahap kawan ana tegur ana masa ana wat perangai budak-budak, : “Nina,hang kena sedaq yang hang tu TUA daripada kami”   haha ayat dia memang kejam… eh,baru perasan,tadi Fathin,ni Nina pulak…mana satu nama ana ni??? Ha,nantikan kisah nama ana pulak lepas ni..haha gurau je… amboi,dah cerita pasal tarikh lahir,dia nak cerita pasal nama dia pulak…melampau la tu…
      Walau apa pun ana tidak mahu menyalahkan sesiapa mengenai kesilapan tarikh lahir yang berlaku pada ana ni yang telah menyebabkan ana kerugian masa selama setahun… ana sentiasa berdoa semoga ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku ni…Ya, Allah tak tunjukkan sekarang tapi mungkin hikmahnya akan terbongkar pada masa akan datang…  insyaAllah… mohon maaf jika ada mengguris hati sesiapa di dalam coretan kisah ana ni… kesempurnaan itu sesungguhnya milik Allah SWT dan segala kelemahan adalah dari ana yang sentiasa lalai dan alpa…. Sekian…


Saturday, 12 May 2012

"IBU,BOLEH TAK SAYA NAK KAHWIN?? ~


ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥✿ღ♥



♛ Ibu, saya nak kahwin. Ibu janganlah bersusah hati ya, ini kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Bolehkah ibu?



♛ Ibu, saya nak kahwin. Ibu janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. Bolehkah Ibu?

♛ Ibu, saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah, si dia yang bergelar suami tidak akan menghalang saya menuntut ilmu, kerana kami berdua dahagakan ilmu. Ingatkah Ibu, menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”

♛ Ibu, saya nak kahwin. Walaupun si dia yang merupakan lelaki pilhan saya masih belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

♛ Ibu, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi. Ibu, perkahwinan juga adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Nauzubillah.

♛ Ibu, saya nak kahwin. Percayalah yang calon suami saya memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan dilihat pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh dan dapat membimbing saya ke jalan Allah.

♛ Ibu , saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana si dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya. Namun, sekirannya ibu bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon suami yang dicari, tapi calon ayah kepada cucumu yang akan dicari.

♛ Ibu, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

♛ Ibu, tapi apakan daya saya hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh Ibu dan Ayah juga, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak Ibu dan Ayah ini, aamiin.

Wednesday, 2 May 2012

Gift Of A Friend




Sometimes You think You'll Be Fine by Yourself

Cause a Dream is a Wish You Make all alone

Its Easy to Feel Like You Don't Need Help

But Its Harder To Walk On Your Own

You'll Change
Inside
When You
Realize

The World Comes To Life
and Everything's bright
From Beginning To End
When You Have a Friend
By Your Side
That Helps You To Find
The Beauty you are
When You'll Open Your Heart and
Believe in
The Gift of a Friend
The Gift of a Friend

Someone Who knows When Your Lost and Your Scared
There through The Highs and The Lows
Someone you can count on
Someone Who Cares
Besides You Where Ever You Go

You'll Change Inside
When You
Realize

The World Comes To Life
and Everything bright
From Beginning To End
When You Have a Friend
By Your Side
That Helps You To Find
The Beauty you are
When You'll Open Your Heart and
Believe in
The Gift of a Friend

And When your Hope Crashes Down
Shattering To The Ground
You , You Feel All Alone
When You Don't Know Which Way To Go
And There's No signs Leading You home
You're Not Alone

The World Comes To Life
and Everything's bright
From Beginning To End
When You Have a Friend
By Your Side
That Helps You To Find
The Beauty you are 
When You'll Open Your Heart and 
Believe In
When You Believe In
When you Believe In
The Gift of A Friend

Tuesday, 24 April 2012

Sahabat


Assalamu'alaikum…boleh ana duduk di sebelah anti?” –Fathin  “Oh,silakan…” –Shafiekah
Anti ni Nurul Shafiekah kan?” –Fathin 
Ya,ana Shafiekah… “ –Shafiekah

                    Hari ini merupakan hari pertama ana menjejakkan kaki ke sekolah menengah… sekolah yang begitu indah dan mealahirkan pelajar-pelajar yang hebat belaka. Perkenalan ana dengan Nurul Shafiekah menjadikan kami sahabat yang amat rapat sehingga ramai kawan dan guru menggelarkan kami ‘kembar’. Sebenarnya kami pernah satu kelas yang sama sewaktu di sekolah rendah dulu. Tetapi Shafiekah terpaksa berpindah ke sekolah lain sewaktu darjah 5 iaitu ke sekolah yang baru dibina di kampungnya. Akhirnya,Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok menemukan kami semula. Nurul Shafiekah seorang sahabat yang sangat baik akhlaknya. Dia juga tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa. Tetapi sikap lurus bendulnya kadang kala membuatkan ana tersenyum melihatnya. Perkara yang membuatkan kami rapat ialah kami berkongsi minat yang sama. Kami sama-sama meminati lagu-lagu nasyid terutama lagu dendangan UNIC,INTEAM,Devotees dan banyak lagi. Shafiekah amat tertarik dengan salah seorang ahli kumpulan UNIC iaitu Fitri Haris. Hal ini kerana suara Fitri yang sangat merdu dan nyaring serta ‘kehenseman’ yang dimiliki oleh Fitri telah membuatkan Shafiekah jatuh cinta kepadanya. Shafiekah pernah kata : “Fathin,Fitri ni hensem kan? Kalau la ana nak kahwin nanti,ana nak sangat yang muka macam Fitri ni.Ye la,kat dunia ni kan ada 7 muka yang sama,mesti ada satu untuk ana...hehe”  Ana pun tersenyum mendengarkan kata-kata Shafiekah itu. Satu hari ana cuba melukis potret wajah Fitri Haris dan apabila telah siap,ana tunjukkan pada Shafiekah. Dia sangat terpegun melihat potret lukisan ana tersebut dan ana sangat gembira melihat dia tersenyum. Dia tiba-tiba berkata pada ana : “Fathin, cantik la potret ni,apa kata kita hantar kat NMI nak?
NMI tu singkatan kepada rancangan Nasyid Minggu Ini. Satu rancangan carta nasyid yang kami selalu tengok setiap hari Ahad. Ana pun menerima idea Shafiekah tu dan ana ubah suai sikit menjadikan kad ucapan. Lalu ana pun menghantar kad tersebut kepada NMI. Selang beberapa minggu,kami menonton rancangan NMI dan kami sangat terkejut kerana kad yang kami kirim terpilih untuk dibaca. Itulah kenangan manis yang kami kongsi bersama dan tidak dapat kami lupakan.
                    
                 Naik saja Tingkatan 3,kami masih di kelas yang sama. Sebelum naik tingkatan 3,ana pernah berjanji untuk berubah kepada yang lebih baik. Ana mulakan dengan cara berpakaian ana iaitu tudung dan baju. Ana labuhkan tudung sekolah dan ana pakai baju sekolah yang bercekak di lengan. Shafiekah pun sama. Sebenarnya Shafiekah yang memberikan cadangan untuk berpakaian sedemikian kerana bagi dia,pakaian melambangkan keperibadian seseorang. Ana juga banyak belajar dari dia terutama mengenai akhlak dan pergaulan. Dia amat menjaga pergaulan dengan bukan mahram dan Shafiekah juga seorang yang penyabar. Berbeza dengan ana yang sedikit panas baran. Ana juga ketika itu selalu saja meninggalkan solat fardhu,lalu Shafiekah la yang menasihati ana supaya tidak lagi meninggalkan solat. Ana selalu memerhatikan gerak geri Shafiekah yang begitu lembut sedangkan ana seorang yang sedikit kasar. Ana jadikan sahabat ana itu sebagai contoh supaya ana boleh berubah kepada yang lebih baik. Kebaikan Shafiekah terserlah lagi tatkala dia membantu ana diwaktu ana dalam kesusahan,dan dia juga bantu ana bangun semula tika ana kejatuhan. Dan waktu di tingkatan 3 adalah waktu yang paling sukar bagi ana kerana masalah yang amat besar datang menimpa ana. Ana pernah sampai tidak bersemangat untuk ke sekolah. Hari-hari ana sangat gelap ketika itu. Masalah ana ini ana rahsiakan dan hanya Shafiekah yang tahu rahsia masalah ana. Shafiekah tidak senang melihat ana bersedih kerana dia juga risau peperiksaan PMR sudah dekat,dia menasihati ana dan dia berikan kata-kata perangsang supaya ana bersemangat semula. Walaupun sukar bagi ana,terpaksa juga ana terima dan teruskan hidup. Alhamdulillah, berkat nasihat dan doa sahabat, ana berjaya mendapat keputusan PMR yang baik iaitu 5A3B.
Pada bulan puasa,kami masih bersekolah dan hari-hari kami diisi dengan tadarus al-Quran dan membantu guru. Tapi,suatu hari tu ana tengok wajah sahabat ana muram sekali,lalu ana mendekatinya. “Shafiekah,kenapa muram je ni…anti tahu tak, dalam perjalanan ke sekolah tadi ana asyik terbayangkan senyuman anti je tau..tapi kenapa jadi sebaliknya ni?

Fathin,raya dah nak dekat. Tapi ana dan adik-adik ana masih belum siapkan baju raya. Hari tu ana ada hantarkan kain baju raya ana dekat mak cik sebelah rumah,tapi dia dah tak nak ambil…macam mana ni..tak ada baju raya la ana tahun ni…” –Shafiekah 

Tak ape la, esok anti bawa kain-kain tu, biar ana suruh ibu ana jahitkan.Sertakan dengan baju contoh ya…” –Fathin

Betul ke ni? Alhamdulillah…terima kasih Fathin.. ” –Shafiekah pun tersenyum gembira sambil memeluk erat ana.
                
                  Keesokannya Shafiekah membawa kain yang dijanjikan. Ana pun membawa pulang kain tersebut dan memberikan kepada ibu. Ibu ana terus menjalankan tugasnya tanpa berlengah lagi sementara ana menyiapkan kerja-kerja dapur. Keesokan harinya,ana bersiap-siap untuk ke sekolah seperti biasa. Ana mencium tangan ayah dan ibu. Tiba-tiba ibu menghulurkan satu beg plastik berisi kain. “Eh,ini kan kain Shafiekah semalam?” tanya ku kepada ibu. Ibu pun menjawab sambil tersenyum, “ Ya,semua sekali RM60 sebab sepasang ibu kira RM20 saja,harga adik-beradik.” Alangkah terkejutnya ana ketika itu kerana ibu berjaya menyiapkan 3 pasang baju kurung dalam masa 1 hari. Ana pun ke sekolah dengan gembira. Dalam perjalanan,ana terfikir sesuatu yang nakal. Hehe… 

Shafiekah,ambil la kain ni semula. Ana minta maaf sebab ibu ana tak dapat nak jahitkan baju raya anti. Tempahan baju ibu ana pun dah banyak sangat. Maaf ya. Ana tak dapat nak bantu anti. “ –Fathin
Shafiekah pun pasrah dan tidak berkata apa-apa. Tanpa shafiekah sedari,tiba-tiba datang seorang budak kelas ana yang lain lalu membelek kain yang berada dalam bungkusan beg plastik Shafiekah tersebut. “Wah,cantiknya baju ni,Shafiekah…Baju raya tahun ni ke?
Shafiekah yang dari tadi sedang bersembang dengan ana berpaling kepada suara tersebut dan dia bingkas mendapatkan kain itu. Shafiekah terkejut melihat kainnya yang disangka masih lagi kain sudah pun menjadi sepasang baju kurung yang cantik. Alangkah gembiranya dia saat itu. Ana pergi mendapatkannya,dia memandang ana sambil tersenyum gembira.
 “ Nakal betul la Fathin ni. Main-main tau. Hehe Thanks ya! Berapa semua ni?“ 
Semua sekali RM60 je”-Fathin
Terima Kasih Fathin…anti la sahabat ana dunia dan akhirat…” –Shafiekah

Dari kiri : Nurul Shafiekah & Fathin Amalina
             
  Setelah tamat sahaja zaman persekolahan,kami masing-masing mendapat tawaran belajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA). Shafiekah berjaya masuk ke Universiti Islam Antarabangsa(UIA) manakala ana Universiti Teknologi Malaysia(UTM).
                Sehingga kini persahabatan kami rapat seperti isi dan kuku,ombak dan pantai,bulan dan malam,matahari dan siang,belon dan udara,kaki dan kasut,kipas dan angin….banyak lagi…hehe walaupun berjauhan,kami tetap rapat. Coretan kisah kami di atas hanyalah setitik sahaja jika nak dibandingkan dengan kisah pengorbanan para sahabat zaman Rasulullah S.A.W. yang seluas lautan dunia. Bahawa sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud,
                  “Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri “ 
–Riwayat Bukhari dan Muslim. 
                Maka,marilah kita mengasihi dan menghargai sahabat kita selagi mereka masih ada kerana belum tentu senyuman mereka hari ini dapat kita lihat untuk hari esok pula. Kadang-kala sahabat itu sanggup mengorbankan masa,harta bahkan nyawa demi kebahagiaan kita. Sanggupkah kita gembira di atas penderitaan sahabat kita sendiri? Buang yang keruh ambil yang jernih. Mohon maaf sekiranya coretan di atas ada mengguris hati sesiapa. Kesempurnaan itu milik Allah,kelemahan itu adalah dari ana yang lemah. Sekian…

Friday, 20 April 2012

Zaman Sekolah Rendah

          Dulu ana sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gemok(SKTG). Pelik tak nama sekolah ana?hehe sebenarnya Tanjung Gemok tu nama kampung ana. Banyak sangat kenangan masa sekolah rendah dulu. Daripada perkara yang mengembirakan sampai la perkara yang memalukan. Semua pernah jadi kat ana. Hehe…. Ana nak cerita perkara yang paling mengembirakan dulu. Masa tu ana tahun 1. Ana time tu tak pakai tudung ke sekolah. Selalu ikat ‘pony tail’ je…hehe ana waktu tu duduk kelas A ataupun lebih dikenali sebagai Kelas Arif..kawan rapat ana time tu nama dia Izzati Farhan. Dia ni baik tau.Ana je yang selalu jahat ngan dia..hehe..biasa la,budak nakal. Kat dalam kelas cikgu selalu suruh salin kat papan hitam..ana paling tak suka time tu sebab ana ni kalau menulis lambat sikit..tapi kalau melukis,ana la siap dulu sebab ana suka melukis…time salin kat papan hitam,kawan ana si Izzati tu selalu je cepat,kadang-kadang ana jeles bila dia siap salin dulu. Pernah sekali ana geram sebab dia siap salin awal,ana tampar muka dia sampai dia nangis..hehe tak pon ana tarik pensel dia..haha pastu cikgu pon rotan ana,ana pula yang menangis..hehe... Tapi masa tahun 2 ana dah pakai tudung ke sekolah. Comel sangat time tu…hehe ha,bila dah pakai tudung ana jadi baik sikit..sikit je..hehe ana selalu tolong cikgu hantar buku kat bilik guru dan ambil buku kedatangan kat pejabat. Semua cikgu jadi sayang pada ana sebab ana rajin. Kemudian,bila ana naik tahun 3,cikgu pilih ana jadi pengawas… ana seronok sangat.. (^_^) waktu jadi pengawas,ana kena la jadi lagi baik. Mesti jadi contoh kepada pelajar-pelajar lain. Tapi,satu hari tu waktu dalam kelas,ana kena panggil kat depan untuk bacakan sifir. Dah la ana paling tak suka hafal sifir. Time tu,sifir 3 pon ana tak lepas lagi. Memang teruk la matematik ana waktu tu. Ana gemuruh sangat bila cikgu suruh ana ke depan. Ana punya la tak nak hafal sifir,ana bagi alasan kat cikgu nak pergi tandas…tapi time tu memang ana betul-betul nak pergi tandas…cikgu ana tak kasi. Dia kata ana sengaja bagi alasan nak ponteng kelas. Last2,ana keluar je kelas sambil berlari ke tandas…hehe jahatnya ana time tu…hehe mungkin gara-gara kejadian tu keputusan ana merosot waktu akhir tahun…dan ana dilucutkan jawatan pengawas…ana jadi pelajar biasa semula..naik tahun 4,ana jadi budak nakal lagi…kalau nak tahu,dulu ana ni jenis yang panas baran…ana pantang orang cakap macam-macam atau ejek ana,habis la budak tu ana kerjakan. Satu hari ana mengamuk,tak ingat sebab apa..ana terbalikkan meja dan kerusi berhampiran ana. Semua pelajar takut tengok ana buat macam tu. Lepas buat kecoh,ana terus sembunyi kat dalam tandas. Ye la,takut kena marah dengan cikgu. Hehe tahu pon takut kan… waktu pertengahan tahun 4 tu, ana dan kawan-kawan yang lain menerima kemasukan pelajar baru ke sekolah kami. Ramai sangat… ana pelik kenapa ramai sangat pelajar baru masuk sekolah ana time tu dan pelajar-pelajar yang baru masuk tu semuanya pemalu sangat. Mereka macam merendah diri pun ade… rupa-rupanya mereka tu adalah budak-budak dari Al-Arqam atau Rufaqa…atau pun sekarang kebih dikenali sebagai Al-Ikhwan atau Global Ikhwan Sdn. Bhd… mereka kebanyakannya pemalu…kalau yang lelaki,cikgu tanya apa-apa mesti jawab dengan nada suara yang sangat perlahan…paling tidak pun dia angguk atau geleng je…macam tercekik tongkol emas…hehe mereka semua pakai songkok dan muka baik-baik je…dalam kelas ana budak Rufaqa yang ana ingat ialah Khairul Labib,Suhaimi,Fidaq,Fakhruddin,Muhammad Qutaibah,Nurul Fatihah dan Amiratul Abidah..fuh,tengok la nama-nama diorang…sejuk je telinga mendengar… tak kesah la kan..tapi sebelum je exam akhir tahun masa ana tahun 4 tu,kelas ana menerima kedatangan guru besar. Terkejut sangat bila guru besar tu panggil nama Muhammad Qutaibah iaitu salah seorang geng Rufaqa kelas ana tu. Rupanya Guru Besar nak kasi hadiah kat dia sebab dia dapat keputusan yang cemerlang dalam kelas dan paling cemerlang dalam kalangan pelajar tahun 4…wah..ini yang wat ana teruja n ‘curious’ nak tahu pasal si mamat tu…jeles la dia sampai dapat hadiah dari guru besar sekolah…tak boleh jadi ni…start dari hari tu ana pun tanamkan tekad untuk belajar rajin-rajin semata-mata nak dapat hadiah macam M.Qutaibah tu..sampai ana jadikan dia idola ana. Dia seorang yang sangat pendiam dan ana selalu perhatikan dia dalam kelas. Dia selalunya mesti pegang pen dan menulis time cikgu tak ada. Entah ape yang dia tulis ana pun tak tahu… kata kawan-kawan lelaki yang lain sebenarnya dia melukis. No wonder la kalau dia pandai melukis sebab dia seorang yang kidal. Ana pernah dengar orang kata orang yang kidal ni kreatif. Tak ape la,naik tahun 5, ana masih di kelas  yang sama iaitu kelas 5 Arif. Ana teruskan usaha ana untuk berjaya walaupun keputusan akhir tahun 4 ana tak berapa bagus sangat. Cuma meningkat sikit je. Tapi start darjah 5 la ana makin tertarik dengan si Qutaibah tu. Ana tak tahu la kenapa. Hehe lepas tu, ana naik tahun 6. Tahun 6 la tahun yang paling best bagi ana dan tahun ni juga merupakan tahun yang paling mencabar sebab ana akan duduki peperiksaan UPSR. Ha, tahun 6 Qutaibah jadi pengawas tau.. hensem sangat dia pakai baju warna biru. Hehe aduh,dah kenapa la dengan ana ni… tapi ana tak nafikan semakin lama dia semakin pintar tapi dia masih pemalu macam masa mula-mula dia masuk sekolah. Dia terpilih jadi ketua pelajar dan dia akan mengendalikan perhimpunan sekolah. Tapi memandangkan dia ni pemalu dan suara dia tak berapa jelas bila ‘conduct’ perhimpunan, cikgu terpaksa tukar ketua pengawas baru iaitu Suhaimi,budak Rufaqa juga… Suhaimi tu dia tak ada la pemalu sangat sebab dia vokalis kumpulan nasyid sekolah. MasyaAllah ,sedap sangat suara dia…ha,masa ana tahun 6,ana dah berubah sikit…dah tak baran sangat dah…ana dah start jadi pemalu…ana masa tu rapat dengan Nurul Atiqah dan An Nabila…kalau lelaki ana rapat dengan Abdul Wafiy Muhaimin…kami selalu berkongsi cerita…cikgu kesayangan ana time tu Teacher Fatima Zahra…dia best sangat.. ana suka subjek Bahasa Inggeris berbanding subjek-subjek lain…matematik tak payah cakap la,’baham tanoh’ terus…hehe tapi ana pernah kena cubit kat perut sampai lebam ngan teacher tu sebab ana dapat markah BI bawah 60..ana dapat pun cukup-cukup makan je,58 markah. Ha, Qutaibah pun kena cubit juga tau. Tapi muka dia time kena cubit tu senyum je. Tak ada perasaan agaknya..hehe tak pun dia ‘cover’… ana dalam kelas masih lagi selalu perhatikan Qutaibah dalam diam. Hehe..   sshhhooott…. Tapi entah macam mana satu hari tu ‘kantoi’ dengan kawan ana. Dia dapat tahu yang ana minat Qutaibah. Bermula dari hari tu heboh satu kelas tentang ana minat Qutaibah. Ana rasa Qutaibah pun tahu,tapi dia buat-buat tak tahu je… ana malu tau.. Lepas tu, apa-apa je yang ana buat,kawan-kawan ana kaitkan dengan Qutaibah. Satu hari tu,ana pergi kelas malam,ana pakai baju kurung warna peach lembut,dan Qutaibah pun pakai baju warna yang sama warna dengan ana...ana terkejut sangat. Perrhh,budak-budak kelas ana ape lagi…mereka sindir la kami…berjanji la,sehati sejiwa la..macam-macam la lagi…ana segan sangat…tapi sebenarnya dalam hati berbunga..hehe tak lama lepas tu UPSR pun berjalan…berdebar sangat masa jawab ‘exam’…tapi Alhamdulillah dapat jawab dengan baik… lepas je ‘Last Paper’ ,kitorang pun gembira sangat… tapi masih perlu ke sekolah sebab ada baki lagi beberapa minggu hari persekolahan. Masa kami selepas UPSR diisi dengan pelbagai aktiviti menarik. Contohnya, explorace,tengok wayang kat bilik tayang, bersihkan sekolah, dan kemas perpustakaan. Pada satu hari, masa tu dalam bilik tayang nak tengok movie, masa tengah ambil tempat,ada seorang kawan lelaki kelas ana tiba-tiba tanya ana : “ Fathin,Qutaibah suruh saya tanya awak,awak suka kat dia ke?” wahh…soalan killer kalah soalan UPSR hari tu… ana pun pandang kawan ana dan Qutaibah yang kat sebelah tu je, ana buat muka serius dan pandang depan semula, ana diam je…segan la… ye la,depan-depan Qutaibah dia tanya ana… malu la ana.. (>,<) hari lainnya pula,masa dalam kelas,cikgu tak masuk pun jaga kami,apa lagi,kami pun ‘buat kepala’ la…ana bawa majalah Gempak masa tu dan kongsi baca dengan kawan-kawan..dalam majalah tu ada la buku kecil yang tulis kisah Peter Pan sempena keluaran movie Peter Pan kat wayang…buku kecil tu di’passing’2 kepada kawan-kawan yang minat nak baca pasal Peter Pan tu…ana pon minat sangat cerita-cerita fantasi macam tu…hehe.. tiba-tiba ana rasa tak sedap hati…tidak lama lepas tu kawan ana cakap yang ada budak lelaki kelas ana conteng kat buku kecil tu…ana pun pergi ke arah budak tu dan rampas buku tu…ana belek buku tu dan memang sangat terkejut bila tengok rambut Peter Pan dah jadi rambut ‘punk’ macam trojen tu…Ya Allah,time tu ana geram sangat-sangat…ana pandang budak tu dan tampar pipi dia sekuat hati ana…ana pun terus keluar dari kelas tu sambil kat tangan pegang buku kecil tu tadi…ana pergi kat tangga bangunan tu dan menangis…tak lama lepas tu kawan ana datang pujuk ana…ana nampak beberapa orang budak kelas ana yang lelaki tengok ana dari atas koridor berdekatan tangga…dan selepas tu budak yang conteng buku ana pun datang minta maaf pada ana… ana pun maafkan dia,itu pun atas nasihat kawan ana…kalau tak,dah lama ana tampar pipi dia yang lagi sebelah tu…huh! Kemudian,beberapa hari lepas tu sekolah kami menagadakan Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang… ana pun dapat.. Anugerah Pelajar Berpotensi Cemerlang.. mungkin sebab peperiksaan percubaan ana dapat 4A1B agaknya… ana dan rakan-rakan kelas ana ada buat persembahan ‘choral Speaking’ masa hari anugerah…masa hari anugerah tu juga ana bawa kamera. Ana pun tangkap semua gambar-gambar yang bagi kenangan pada ana masa tu… waktu habis saja masjlis tu,ana terfikir nak past kamera ana pada kawan lelaki ana untuk ambilkan gambar budak lelaki yang ana minat tu…ye la, nak buat kenangan…ana rasa mustahil nak jumpa dia lagi lepas ni sebab ana dengar kabanyakan budak Rufaqa tak sambung belajar lepas habis belajar sekolah rendah.. akhirnya hajat ana nak foto dia tercapai atas bantuan kawan ana,kalau tak silap kawan ana yang ambilkan gambar tu nama dia Mohd Arif… Ana gembira sangat dan tak sabar nak cuci gambar tu… Tak lama lepas tu, keputusan UPSR pun keluar. Ana dapat 3A2B…Alhamdulillah…ana bersyukur walaupun keputusannya tak macam yang ana harapkan.. Qutaibah pula dapat 4A1B…kawan ana 4 orang dapat keputusan 5A… Ain Natasya,Nurul Fatihah,An Nabila dan lagi seorang ana lupa la siapa…maaf ya... kemudian,berakhirlah zaman persekolahan sekolah rendah ana dan lepas dari hari akhir persekolahan tu ana dah tak dengar lagi cerita pasal Muhammad Qutaibah dan rakan-rakan Rufaqa yang lain. Ana rindu sangat pada warga SKTG…sekarang sekolah ana tu pun dah tukar lagu sekolah dan lencana …banyak sangat perubahan berlaku pada sekolah rendah ana tu sekarang… Semoga Allah memberkati Guru-guru yang pernah mendidik ana semasa di SKTG…berkat didikan mereka ana berjaya menjejakkan kaki ke menara gading iaitu Universiti Teknologi Malaysia Internasional Campus,Kuala Lumpur. Syukur,Alhamdulillah….. Maaf ya kalau ana ada mengguris perasaan sesiapa dalam coretan kisah ana ni…segala yang baik datang dari Allah S.W.T. dan segala kelemahan itu datang dari ana sendiri… Sekian… 

Thursday, 19 April 2012

Nota Cinta


SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH NI...

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.
Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.
Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.
“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,”  Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.
“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,”  Balas Wardah,  agak teruji.
“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina.  Wa!”
“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”
“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”
Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!
Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.  
Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.
Telefon hafiz berdering.
Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah
“Hafiz?”
“Ya, saya,”
“Awak sayang saya?”
“Emm, kenapa awak tanya?”
“Saya tanya sebab nak awak jawab,”
“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”
“Awak cintakan saya?”
“Ya, saya cintakan awak,”
Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.
“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.
“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.
“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”
“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”
“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”
“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.
Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?
Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.
“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.
“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”
Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.
“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”
“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”
Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!
3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.
Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…
Subject:
Nota Cinta
From:
“Hafiz Haikal”
To:

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah.  Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang.  Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak.  Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?..  Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain.  Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua.  Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah.  Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak.  Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk.  Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat,  setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak.  Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya.  Saya tak pernah bercinta.  Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni.  Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan.  Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama.  Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana.  Itu janji Allah.

Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL
Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri…  Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz.  Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.
Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati.  Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya.  Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…
“Wa, bila nak menikah?  Ummi teringin nak bermenantu,”
Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah.  Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,
“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”
Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada.  Hatinya masih berdebar-debar.  Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…
“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…”  Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.
Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…