Assalamualaikum….
Kepada follower Aisya
Humaira…ape khabar imanmu sekalian???wahhh…bunyi cam ramai je follower…hehe
walhal seorang dua je pun…hehehe dah lama ana menyepi..bukan sebab tak ada idea
nak karang blog….tp disebabkan ana tengah busy menghabiskan sisa-sisa terakhir
pengajian ana di universiti…banyak perkara yang perlu dibereskan sebelum ana
habis belajar ni…dan banyak juga perancangan yang perlu diatur supaya ana tak tersalah
langkah dalam proses anjakan paradigma yang bakal berlaku dalam hidup ana
nanti…
Berbalik kepada tujuan
utama ana menulis blog kali ni adalah untuk menceritakan satu kisah yang
mungkin dapat memuhasabahkan diri ana dan juga para pembaca…
Ceritanya bermula
begini…Ada seorang gadis yang biasa-biasa sahaja dari segi penampilan dan
akhlaknya,Qalisya…tetapi dia sangat sukakan perubahan yang menjurus kearah
kebaikan…dia selalu mengharapkan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari
esok lebih baik dari hari ini…dalam proses perubahannya itu,dia diuji dengan
dihadirkan perasaan cinta kepada manusia bernama Imtiaz…Imtiaz sangat baik dan
soleh dari pandangan fizikal…dia juga adalah seorang yang berpendidikan agama
tinggi…setelah mengenali Qalisya, jiwa dan naluri lelaki Imtiaz sangat terusik
dengan kelembutan dan kesopanan gadis bernama Qalisya…dia dibayangi wajah Qalisya
sehinggakan dia sudah tidak tertanggung lagi perasaan yang kian berbunga dan
bergetar itu…begitu juga dengan Qalisya..dia seolah-olah jatuh cinta pandang
pertama terhadap Imtiaz…Qalisya sebelumnya memang tidak pernah rapat dengan
mana-mana kaum adam melainkan adik dan abang serta ayahnya…
Akhirnya mereka berdua
menyatakan perasaan cinta dari hati ke hati masing-masing…maka,bermulalah babak
cinta yang penuh drama antara mereka…seperti insan lain yang bercinta…Cuma
bezanya mereka tidak pernah bertemu di luar pengetahuan ayah dan ibu mereka…mereka
juga menjaga batas pergaulan masing-masing…setiap kali hendak berjumpa,Imtiaz
akan datang bertandang ke rumah Qalisya sambil disaksikan ibu atau ayah Qalisya…kadangkala
mereka tidak berborak pon kerana Imtiaz rancak berborak dengan ibu dan ayah Qalisya…Perhubungan
mereka berpanjangan selama 2 tahun lebih sehinggalah mereka masing-masing
menyambung pelajaran ke universiti tempatan. Di universiti, Qalisya semakin
berubah…dia selalu menyertai program persatuan mahasiswa islam di
universitinya…sedikit sebanyak dirinya ditarbiyah dan dia mula merasakan cinta
antara dia dan Imtiaz seakan sia-sia dan membuang masa…Imtiaz bukan mahramnya
dan belum tentu menjadi suaminya. Pergaulan atau perhubungan antara dia dan
Imtiaz bahkan dapat merosakkan hati yang telah sedia bertompokan hitam…Imtiaz
pula walaupun selalu mengajak Qalisya melakukan kebaikan tetapi dia tetap tidak
menjaga hatinya dengan sering berhubung dengan Qalisya tidak kira melalui SMS
atau panggilan telefon. Qalisya cuba memikirkan bagaimana cara untuk menasihati
Imtiaz dengan harapan Imtiaz akan tersedar bahawa “matlamat tidak menghalalkan
cara”…apa yang mereka lakukan walaupun nampak baik pada mata kasar namun
hakikatnya dalam agama Islam tidak ada istilah bercinta sebelum nikah…cinta itu
tidak salah,tetapi cara menguruskan cinta itu yang salah…
Pada masa yang sama,Qalisya
terjumpa banyak blog dan cerpen yang mengisahkan “Aku tinggalkan dia kerana aku
cintakan Dia” iaitu mengisahkan pasangan yang berpisah kerana masing-masing
mendambakan Cinta yang hakiki dari Allah SWT… maka,suatu hari setelah
memperoleh kekuatan,Qalisya akhirnya menerangkan kepada Imtiaz…dan dia
mengambil keputusan untuk tidak menghubungi antara satu sama lain…Imtiaz akur
namun berjanji untuk menunggu Qalisya dan akan setia sehingga tiba masanya…
Bulan berganti
bulan,Qalisya merasakan dia sudah berjaya berpuasa…berpuasa dalam erti kata
mengawal perasaan dari mengingati lelaki yang dicintainya…dia yakin akan janji
yang telah dilafazkan oleh Imtiaz beberapa bulan yang lepas…janji bahawa dia
akan menunggu Qalisya…
Namun, pada suatu hari,
Qalisya mendapat tahu berita dari sahabatnya yang belajar di universiti yang
sama dengan Imtiaz bahawa Imtiaz sudah punya pengganti dan sedang asyik
bercinta dengan gadis tersebut…lebih mengecewakan Qalisya apabila gadis tersebut
adalah orang yang selama ini Qalisya percaya sebagai sahabat kepada dia dan
Imtiaz…
Kepercayaan Qalisya
kepada lelaki bernama Imtiaz luntur serta merta seperti kain putih yang
kekotoran lalu disimbah dengan cecair klorox…memang sukar untuk menerima
hakikat bahawa lelaki yang dianggap setia telah pun berubah hati…Qalisya
berkongsi kesedihannya dengan sahabat dan ibu yang disayangi…ibunya turut
merasakan derita jiwa anaknya itu…sebagai ibu,dia pasti menginginkan yang
terbaik untuk anaknya…dia pasti mahu melihat anaknya bahagia…lalu ibu berpesan,
“Bersabarlah wahai anakku…pasti Tuhan
telah menetapkan jodohmu dengan lelaki yang lebih baik daripada dia…pasti ada
hikmah yang besar di sebalik apa yang berlaku,nak…maka akan datang,pilihlah
lelaki yang cintanya hanya kepada Allah SWT…jika dia setia mencintai Allah
SWT,maka dia juga akan setia mencintaimu…insyaAllah…bersabarlah kerana itu
lebih baik…”. Maka Qalisya termakan dengan pujukan ibunya…dia sabar
menerima ujian itu…dia semakin kuat untuk memperbaiki diri dan mentarbiyah
hatinya…dia memperbaharui imannya setiap hari dengan zikir,al-Quran, dan
berhalaqah…Alhamdulillah,dia menjadi seorang gadis yang kuat dan matang…
Hampir setahun
berlalu…Qalisya semakin 100% melupakan lelaki tersebut…selama hampir setahun
jugalah Qalisya memperbaiki diri…ukhuwah dengan sahabat-sahabat semakin rapat terutama
dengan Balqis…Balqis selalu menasihati dan memberikan kata-kata semangat kepada
Qalisya…Qalisya sangat selesa berkawan dengan Balqis sehinggakan apa sahaja
perbuatan Balqis dapat membawa Qalisya mengingati Allah SWT serta perjuangan
Rasulullah SAW…
Hari yang sangat
gembira Qalisya rasakan kerana dia lagi berada di rumah bersama keluarga
tercinta…menikmati cuti semester di
rumah…sedang asyik Qalisya menonton televisyen,tiba-tiba telefon bimbitnya
berbunyi. Qalisya lihat nombor yang suatu ketika dulu pernah disimpannya dan
kini dia sudah hampir memadamkan nombor tersebut dari ingatannya…Qalisya
merasakan sesuatu yang aneh…tetapi dia tidak mempedulikannya…beberapa hari
kemudian,Qalisya ingin menghantar mesej kepada salah seorang sahabatnya…namun
entah bagaimana,mesej tersebut tersalah hantar…dan telah terhantar kepada
nombor lelaki tersebut…Qalisya tidak tahu bagaimana boleh jadi begitu sedangkan
selama ini dia sangat berhati-hati menghantar mesej…lalu,mesejnya berbalas
dengan salam…Qalisya memohon maaf atas kecuaiannya…tidak mengapalah…namun pada
keesokan harinya,Qalisya mendapat mesej yang sangat menyeramkan dari nombor
yang tidak dikenali…mesej tersebut seolah-olah memberi amaran kepada Qalisya
agar tidak menganggu kebahagiaan orang lain…Qalisya sangat terkejut membaca
mesej tersebut…fahamlah dia dari siapa mesej tersebut dihantar..lalu,dia
menceritakan kepada Balqis…Balqis seperti biasa menasihati Qalisya agar kuat
dengan ujian tersebut dan Qalisya membalas mesej berbentuk amaran itu dengan
pendekatan lembut kerana dia yakin api yang marak menyala kalau disimbah air
akan terpadam juga…tanpa pengetahuan Qalisya,Balqis pula menghantar mesej
kepada Imtiaz untuk minta penjelasan mengenai ‘kekasih’ Imtiaz yang memberikan
mesej amaran kepada Qalisya…maka,terbongkarlah satu rahsia…
Setelah tamatnya cuti
semester,Qalisya kembali ke kolej…teramat rindu kepada sahabat yang sangat
dikasihinya,Balqis…apa yang berlaku sepanjang cuti semester diceritakan dengan
lebih jelas kepada Balqis…dan Balqis pula menceritakan satu rahsia kepada
Qalisya…Qalisya sangat terkejut dengan cerita tersebut…rupanya,Imtiaz sedang
menghadapi masalah dengan ‘kekasih’ yang kononnya telah dirisik oleh Imtiaz
itu…Imtiaz tidak suka ‘kekasih’nya menghantar mesej seumpama amaran kepada Qalisya…dan
Imtiaz mengaku sebenarnya dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap kekasihnya
itu yang suka mendesak dan tidak mahu mengalah…kebetulan,dia baru sahaja
terjumpa nama facebook Qalisya sudah
tersenarai dalam block list ‘muka
bukunya’…patutlah dia tidak menjumpai nama tersebut setelah hubungannya dengan
‘kekasihnya’ itu rapat…maklumlah,setelah rapatnya mereka,segala maklumat
tentang Imtiaz sudah tidak menjadi rahsia lagi…langkah seterusnya,Imtiaz add semula Qalisya di facebook…kemudian,dalam diam Imtiaz
berbalas SMS dengan ibu Qalisya dalam usaha untuk memohon maaf dan membetulkan
kesilapannya setelah dia tersedar dan boleh menilai yang mana intan dan yang
mana permata…mungkin selama ni dia tidak tahu sifat sebenar ‘kekasih’nya
itu…namun begitu,rahsia Imtiaz berbalas SMS dengan ibu Qalisya akhirnya sampai
ke pengetahuan Qalisya…itu pun sebab ibu Qalisya sendiri yang terlepas cakap…Qalisya
tidak mahu lagi melayan semua yang berkaitan perasaan,maka dia ambil keputusan
untuk mengabaikan saja SMS Imtiaz kepada ibunya…tetapi,pada suatu hari,Imtiaz
pergi bertandang ke rumah Qalisya kerana ingin menziarahi ibu Qalisya yang baru
sahaja keluar dari hospital akibat penyakit jantung…peluang tersebut tidak
disia-siakan oleh Imtiaz untuk menambat semula hati ibu Qalisya dan berjanji
tidak akan mengecewakannya lagi…dia mengaku kesilapannya…apa yang mampu ibu
Qalisya buat ialah menasihati Imtiaz supaya menjadi lebih matang dan tidak
mensia-siakan Qalisya jika diberi peluang kedua…dan ibu Qalisya cuma mampu
memberi harapan namun yang membuat keputusan adalah Qalisya sendiri sama ada
mahu menerima Imtiaz semula atau tidak…
Imtiaz setiap hari
menghantar SMS berupa kata-kata perangsang dan kata-kata hikmah kepada
Qalisya…namun Qalisya hanya membiarkan sahaja mesej tersebut…sampailah satu
hari akhirnya Qalisya membalas juga mesej yang dihantar oleh Imtiaz...itu pun
atas pujukan ibunya yang meyakinkannya bahawa Imtiaz sudah berubah…namun kayu
ukur untuk Qalisya memilih berkawan
dengan lelaki kali ini sudah berbeza…dia meletakkan syarat yang bakal menguji tahap
kesetiaan dan kejujuran Imtiaz…hari demi hari,imtiaz cuba mengambil semula hati
Qalisya walaupun dia tahu tak mustahil kerana hati Qalisya sangat lembut dan
sifatnya yang tidak pandai menyimpan dendam terhadap orang yang berbuat ‘tidak
baik’ terhadapnya...lagi pun dahulu Qalisya pernah memberinya satu barang dan
dia disuruh berjanji “jika di hati Imtiaz sudah ada yang lain,maka pulangkan
semula barang ini kerana ia sangat berharga buat Qalisya…”.Jadi,barang itulah
yg mengikat hati mereka sampaikan Imtiaz tidak mampu dan tidak pernah terlintas
di fikiran untuk memulangkan semula barang tersebut kepada Qalisya walaupun
ketika Imtiaz bersama ‘kekasih’nya…bagi Imtiaz, ‘kekasih’nya itu mungkin hanya
memiliki jasadnya namun tidak mungkin memiliki hatinya kerana hatinya masih
pada Qalisya…
Manusia sangat ramai
dengan pelbagai jenis warna kulit,pelbagai usia dan dari segenap pelosok negara
Malaysia hadir dalam satu himpunan yang menggegar dunia…di dalam barisan
manusia yang tersusun kukuh itu Qalisya dan sahabat-sahabatnya berjalan tanpa
mempedulikan panas terik dan penat yang menjalar ke seluruh kaki dan badan dek
kerana berjalan sejauh 6km meredah jalan raya…di suatu sudut yang lain,Imtiaz
dan sahabat-sahabatnya juga sedang mara ke satu tujuan yang sama dengan
Qalisya…masing-masing tahu bahawa mereka berada di tempat yang sama dan menuju
arah yang sama…cuma peluang untuk mereka bertemu mungkin agak mustahil kerana
pergerakan terbatas dengan ribuan manusia yang membanjiri stadium
tersebut…ditambah pula line telefon
bimbit yang terputus tiba-tiba…setelah program berakhir,semuanya berebut-rebut
untuk keluar dari stadium…dalam hati Qalisya berdoa “ya Allah ya Tuhan ku,jika
benar dia adalah jodoh ku,maka pertemukanlah kami,ya Allah…jika dia bukan jodoh
ku,jauhkanlah dia dari pandanganku...Amin…”. Imtiaz juga dalam diam mendoakan
perkara yang sama seperti yang didoakan oleh Qalisya…setelah beberapa minit
perjalanan keluar dari stadium,di deretan gerai-gerai,Qalisya seakan perasan
seseorang yang amat dikenalinya berjalan dari arah bertentangn. Imtiaz! Dia
nampak Imtiaz juga merenungnya Cuma yang peliknya dia tidak menyapa Qalisya
setelah mereka berselisih…baru Qalisya teringat yang dia memakai niqab,mestilah
Imtiaz buat tak tahu saja…Qalisya toleh ke belakang mencari Imtiaz dan
memanggil namanya. “Imtiaz!” dia menoleh ke arah suara Qalisya lalu tersenyum…
dia datang ke arah Qalisya dan tergamam..tidak bersuara…akhirnya Qalisya juga
yang membuka mulut menanyakan beberapa soalan, “balik naik apa?”, “balik dengan
bas dengan kawan”, “kenapa patah balik”, “owh..hehe cari kawan yang hilang…dia
sesat…” , “tak apa la,Qalisya minta diri dulu,kawan dah tunggu…”. Qalisya
berlalu pergi dan lenyap dari pandangan Imtiaz…
Pertemuan antara Imtiaz
dan Qalisya pada tempoh hari sangat memberi kesan yang mendalam terhadap meraka
berdua…Imtiaz pula semakin yakin akan takdir yang telah ditetapkan Allah
SWT…dan dia semakin yakin,mungkin Allah SWT mahu menunjukkan bukti bahawa
Qalisya adalah jodohnya dengan pertemuan yang tidak disangka-sangka itu…
Qalisya pula masih
tidak pasti dan tertanya-tanya…apakah pertemuan tersebut bakal merubah
keadaan??? Hmm…
Ternyata benar…semakin
hari Qalisya kerap dibayangi Imtiaz dalam mimpinya dan perasaan aneh mula
menjalar…Qalisya minta nasihat sahabat-sahabat dan keluarga tentang usaha
Imtiaz yang nak berkawan dengannya semula itu…tetapi hasihat yang diterima
adalah saranan supaya Qalisya berkawan semula dengan Imtiaz dan memberikannya
peluang kedua…Qalisya akur dengan nasihat tersebut walhal dalam hati memang
masih ada perasaan terhadapnya…hehe Cuma kali ini Qalisya perlu meletakkan
batas-batasnya supaya tak terus hanyut dan lupa akan cinta hakiki…
Sewaktu cuti pertengahan
semester, Imtiaz dijemput untuk menghadiri majlis kesyukuran di rumah datuk dan
nenek Qalisya…itu adalah pertemuan pertama setelah pertemuan yang tidak
disengajakan tempoh hari…selang sehari,sepupu Imtiaz iaitu Zahra mengajak
Qalisya keluar ke Bandar bersama mereka untuk bersiar-siar….Zahra memang
teringin untuk bertemu dengan Qalisya...apa tidaknya, nama Qalisya sudah heboh
dan sering disebut-sebut oleh keluarga Zahra dan Imtiaz…dan paling membuatkan
Qalisya terharu apabila namanya disebut-sebut oleh emaknya Imtiaz…memang jauh
di sudut hati Qalisya juga teringin untuk bertemu dan mengenali dengan lebih
dekat emak Imtiaz…
Ternyata hasrat Qalisya
untuk bertemu dengan emak imtiaz termakbul…suatu pagi,Qalisya sekeluarga keluar
untuk menghantar abang Qalisya ke stesen bas..setelah itu,mereka pulang ke
rumah…tetapi sampai di persimpangan jalan,ayah meneruskan perjalanan….katanya ingin
membeli ikan untuk santapan tengah hari…Qalisya terfikir, ‘ada ke orang jual
ikan belah sana’…setahu Qalisya cuma ade satu saja gerai jual ikan…gerai emak
Imtiaz!!! Hmm…memang tepat sangkaan Qalisya,ayahnya berhenti betul-betul depan
gerai emaknya Imtiaz..dan Imtiaz pun ada sekali…Qalisya pandang ayah yang dah
tersengih-sengih macam kerang busuk…nakal la ayah ni…hehe nak tak nak Qalisya
terpaksa tebalkan muka dan kawal perasaan untuk berhadapan dengan emak
Imtiaz…emaknya senyum memandang Qalisya dan bertanyakan soalan yang sepatutnya,
“Qalisya nak makan ikan apa?pilih je…” Qalisya senyum sambil menunjukkan ikan
yang bermata besar itu…dan ibu Qalisya pula memilih ikan yang kulitnya agak
keras untuk dibuat ikan bakar…hehe Imtiaz hanya memandang gelagat Qalisya
dengan emaknya dengan senyuman yang panjang hingga ke telinga…sementara itu,ibu
rancak bersembang dengan emaknya…entah apa yang disembangkan oleh mereka…setelah
minta diri untuk pulang,Qalisya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan emaknya
Imtiaz…emaknya senyum dan berkata, “ambil berkat bakal mak mertua ni” hehe
ternyata emaknya sangat peramah dan mudah mesra walaupun kami baru pertama kali
bersua…
“2 tahun lagi…sabar
ye…” ayat itulah yang sering diulang oleh Imtiaz apabila berbalas SMS dengan
Qalisya…Qalisya tidak faham apa maksudnya Cuma dia mengharap yang terbaik
sahaja dari kata-kata tersebut….dan Qalisya masih berpegang dengan prinsip “tak perlu risau atau takut akan kehilangan
seorang lelaki selagi dia tidak halal buat kita…dia bukan milik kita…hakikatnya
milik Allah SWT juga…” dan ingatlah pesan Allah SWT dalam surah An-Nahl 16
: 96 mafhumnya “Apa yang ada pada kamu akan
lenyap,dan apa yang ada di sisi Allah SWT akan kekal, dan sesungguhnya Kami
akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik
daripada apa yang mereka telah kerjakan.”
Bersambung…….
Cerita ini tiada kaitan
dengan yang telah meninggal dunia…mohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam
cerita ini tidak kira dari segi apa pun...segala yang baik itu datang dari
Allah SWT,dan segala kekurangan adalah dari ana sendiri…terima kasih…
*kita akan sering
diuji…maka bersabarlah dalam menempuh ujian…
*Semoga tidak terus
hanyut dek cinta dunia dan manusia…letakkan cinta Allah SWT dan rasul yang
teratas…
*Berusaha untuk berubah
walaupun ia sukar…
*Cuba untuk berbuat
baik sekali pun dengan musuh...
*Jangan menganggap
sesuatu itu milik kita sedangkan kita juga milik Allah SWT…