Tuesday, 24 April 2012

Sahabat


Assalamu'alaikum…boleh ana duduk di sebelah anti?” –Fathin  “Oh,silakan…” –Shafiekah
Anti ni Nurul Shafiekah kan?” –Fathin 
Ya,ana Shafiekah… “ –Shafiekah

                    Hari ini merupakan hari pertama ana menjejakkan kaki ke sekolah menengah… sekolah yang begitu indah dan mealahirkan pelajar-pelajar yang hebat belaka. Perkenalan ana dengan Nurul Shafiekah menjadikan kami sahabat yang amat rapat sehingga ramai kawan dan guru menggelarkan kami ‘kembar’. Sebenarnya kami pernah satu kelas yang sama sewaktu di sekolah rendah dulu. Tetapi Shafiekah terpaksa berpindah ke sekolah lain sewaktu darjah 5 iaitu ke sekolah yang baru dibina di kampungnya. Akhirnya,Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok menemukan kami semula. Nurul Shafiekah seorang sahabat yang sangat baik akhlaknya. Dia juga tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa. Tetapi sikap lurus bendulnya kadang kala membuatkan ana tersenyum melihatnya. Perkara yang membuatkan kami rapat ialah kami berkongsi minat yang sama. Kami sama-sama meminati lagu-lagu nasyid terutama lagu dendangan UNIC,INTEAM,Devotees dan banyak lagi. Shafiekah amat tertarik dengan salah seorang ahli kumpulan UNIC iaitu Fitri Haris. Hal ini kerana suara Fitri yang sangat merdu dan nyaring serta ‘kehenseman’ yang dimiliki oleh Fitri telah membuatkan Shafiekah jatuh cinta kepadanya. Shafiekah pernah kata : “Fathin,Fitri ni hensem kan? Kalau la ana nak kahwin nanti,ana nak sangat yang muka macam Fitri ni.Ye la,kat dunia ni kan ada 7 muka yang sama,mesti ada satu untuk ana...hehe”  Ana pun tersenyum mendengarkan kata-kata Shafiekah itu. Satu hari ana cuba melukis potret wajah Fitri Haris dan apabila telah siap,ana tunjukkan pada Shafiekah. Dia sangat terpegun melihat potret lukisan ana tersebut dan ana sangat gembira melihat dia tersenyum. Dia tiba-tiba berkata pada ana : “Fathin, cantik la potret ni,apa kata kita hantar kat NMI nak?
NMI tu singkatan kepada rancangan Nasyid Minggu Ini. Satu rancangan carta nasyid yang kami selalu tengok setiap hari Ahad. Ana pun menerima idea Shafiekah tu dan ana ubah suai sikit menjadikan kad ucapan. Lalu ana pun menghantar kad tersebut kepada NMI. Selang beberapa minggu,kami menonton rancangan NMI dan kami sangat terkejut kerana kad yang kami kirim terpilih untuk dibaca. Itulah kenangan manis yang kami kongsi bersama dan tidak dapat kami lupakan.
                    
                 Naik saja Tingkatan 3,kami masih di kelas yang sama. Sebelum naik tingkatan 3,ana pernah berjanji untuk berubah kepada yang lebih baik. Ana mulakan dengan cara berpakaian ana iaitu tudung dan baju. Ana labuhkan tudung sekolah dan ana pakai baju sekolah yang bercekak di lengan. Shafiekah pun sama. Sebenarnya Shafiekah yang memberikan cadangan untuk berpakaian sedemikian kerana bagi dia,pakaian melambangkan keperibadian seseorang. Ana juga banyak belajar dari dia terutama mengenai akhlak dan pergaulan. Dia amat menjaga pergaulan dengan bukan mahram dan Shafiekah juga seorang yang penyabar. Berbeza dengan ana yang sedikit panas baran. Ana juga ketika itu selalu saja meninggalkan solat fardhu,lalu Shafiekah la yang menasihati ana supaya tidak lagi meninggalkan solat. Ana selalu memerhatikan gerak geri Shafiekah yang begitu lembut sedangkan ana seorang yang sedikit kasar. Ana jadikan sahabat ana itu sebagai contoh supaya ana boleh berubah kepada yang lebih baik. Kebaikan Shafiekah terserlah lagi tatkala dia membantu ana diwaktu ana dalam kesusahan,dan dia juga bantu ana bangun semula tika ana kejatuhan. Dan waktu di tingkatan 3 adalah waktu yang paling sukar bagi ana kerana masalah yang amat besar datang menimpa ana. Ana pernah sampai tidak bersemangat untuk ke sekolah. Hari-hari ana sangat gelap ketika itu. Masalah ana ini ana rahsiakan dan hanya Shafiekah yang tahu rahsia masalah ana. Shafiekah tidak senang melihat ana bersedih kerana dia juga risau peperiksaan PMR sudah dekat,dia menasihati ana dan dia berikan kata-kata perangsang supaya ana bersemangat semula. Walaupun sukar bagi ana,terpaksa juga ana terima dan teruskan hidup. Alhamdulillah, berkat nasihat dan doa sahabat, ana berjaya mendapat keputusan PMR yang baik iaitu 5A3B.
Pada bulan puasa,kami masih bersekolah dan hari-hari kami diisi dengan tadarus al-Quran dan membantu guru. Tapi,suatu hari tu ana tengok wajah sahabat ana muram sekali,lalu ana mendekatinya. “Shafiekah,kenapa muram je ni…anti tahu tak, dalam perjalanan ke sekolah tadi ana asyik terbayangkan senyuman anti je tau..tapi kenapa jadi sebaliknya ni?

Fathin,raya dah nak dekat. Tapi ana dan adik-adik ana masih belum siapkan baju raya. Hari tu ana ada hantarkan kain baju raya ana dekat mak cik sebelah rumah,tapi dia dah tak nak ambil…macam mana ni..tak ada baju raya la ana tahun ni…” –Shafiekah 

Tak ape la, esok anti bawa kain-kain tu, biar ana suruh ibu ana jahitkan.Sertakan dengan baju contoh ya…” –Fathin

Betul ke ni? Alhamdulillah…terima kasih Fathin.. ” –Shafiekah pun tersenyum gembira sambil memeluk erat ana.
                
                  Keesokannya Shafiekah membawa kain yang dijanjikan. Ana pun membawa pulang kain tersebut dan memberikan kepada ibu. Ibu ana terus menjalankan tugasnya tanpa berlengah lagi sementara ana menyiapkan kerja-kerja dapur. Keesokan harinya,ana bersiap-siap untuk ke sekolah seperti biasa. Ana mencium tangan ayah dan ibu. Tiba-tiba ibu menghulurkan satu beg plastik berisi kain. “Eh,ini kan kain Shafiekah semalam?” tanya ku kepada ibu. Ibu pun menjawab sambil tersenyum, “ Ya,semua sekali RM60 sebab sepasang ibu kira RM20 saja,harga adik-beradik.” Alangkah terkejutnya ana ketika itu kerana ibu berjaya menyiapkan 3 pasang baju kurung dalam masa 1 hari. Ana pun ke sekolah dengan gembira. Dalam perjalanan,ana terfikir sesuatu yang nakal. Hehe… 

Shafiekah,ambil la kain ni semula. Ana minta maaf sebab ibu ana tak dapat nak jahitkan baju raya anti. Tempahan baju ibu ana pun dah banyak sangat. Maaf ya. Ana tak dapat nak bantu anti. “ –Fathin
Shafiekah pun pasrah dan tidak berkata apa-apa. Tanpa shafiekah sedari,tiba-tiba datang seorang budak kelas ana yang lain lalu membelek kain yang berada dalam bungkusan beg plastik Shafiekah tersebut. “Wah,cantiknya baju ni,Shafiekah…Baju raya tahun ni ke?
Shafiekah yang dari tadi sedang bersembang dengan ana berpaling kepada suara tersebut dan dia bingkas mendapatkan kain itu. Shafiekah terkejut melihat kainnya yang disangka masih lagi kain sudah pun menjadi sepasang baju kurung yang cantik. Alangkah gembiranya dia saat itu. Ana pergi mendapatkannya,dia memandang ana sambil tersenyum gembira.
 “ Nakal betul la Fathin ni. Main-main tau. Hehe Thanks ya! Berapa semua ni?“ 
Semua sekali RM60 je”-Fathin
Terima Kasih Fathin…anti la sahabat ana dunia dan akhirat…” –Shafiekah

Dari kiri : Nurul Shafiekah & Fathin Amalina
             
  Setelah tamat sahaja zaman persekolahan,kami masing-masing mendapat tawaran belajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA). Shafiekah berjaya masuk ke Universiti Islam Antarabangsa(UIA) manakala ana Universiti Teknologi Malaysia(UTM).
                Sehingga kini persahabatan kami rapat seperti isi dan kuku,ombak dan pantai,bulan dan malam,matahari dan siang,belon dan udara,kaki dan kasut,kipas dan angin….banyak lagi…hehe walaupun berjauhan,kami tetap rapat. Coretan kisah kami di atas hanyalah setitik sahaja jika nak dibandingkan dengan kisah pengorbanan para sahabat zaman Rasulullah S.A.W. yang seluas lautan dunia. Bahawa sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud,
                  “Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri “ 
–Riwayat Bukhari dan Muslim. 
                Maka,marilah kita mengasihi dan menghargai sahabat kita selagi mereka masih ada kerana belum tentu senyuman mereka hari ini dapat kita lihat untuk hari esok pula. Kadang-kala sahabat itu sanggup mengorbankan masa,harta bahkan nyawa demi kebahagiaan kita. Sanggupkah kita gembira di atas penderitaan sahabat kita sendiri? Buang yang keruh ambil yang jernih. Mohon maaf sekiranya coretan di atas ada mengguris hati sesiapa. Kesempurnaan itu milik Allah,kelemahan itu adalah dari ana yang lemah. Sekian…

No comments:

Post a Comment