Ana dilahirkan pada 29 Disember 1991... tapi sejak
ana umur satu tahun ana sambut ulang tahun hari jadi ana pada 29 Januari… Aik?
Macam mane tu? Ye la,sebab kat Sijil Kelahiran ana tulis 29 Januari 1992… Aik?
Lagi pelik? Hehehe jangan buat muka
macam pelik sangat….hudoh! haha sebenarnya macam ni…
Ana memang lahir pada 29 Disember pada tahun
1991…tapi ana pernah menggunakan tarikh yang salah selama 12 tahun sejak ana
mendapat sijil kelahiran…ceritanya bermula apabila ayah ana terlambat mendaftar
sijil kelahiran ana di balai polis berdekatan dek kerana sibuk menguruskan ana
dan ibu ana serta abang ana…mungkin ayah ana terlampau ‘excited’ dapat anak
perempuan atau mungkin ayah ana masih memikirkan nama yang sesuai dan cantik
buat puteri yang dicintainya…hehe
setelah lebih kurang seminggu barulah nama ana didaftarkan…waktu tu dah
masuk tahun baru 1992… polis yang bertanggungjawab dan bertugas pada hari ayah
ana pergi mendaftarkan kelahiran ana tu mungkin terlampau seronok meraikan tahun
baru sehinggakan tersalah tulis tarikh lahir ana pada sijil kelahiran tersebut…
dan ana tak tahu la siapa yang tersalah sebut dan siapa yang tersalah dengar…
sampai ayah ana pun tak perasan…setelah selesai, maka sijil kelahiran tersebut
di bawa pulang ke rumah dan ditunjukkan kepada ibu…
Ibu yang sangat perihatin memeriksa sijil kelahiran
ana tersebut…alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati tarikh lahir ana
salah… mana mungkin ana dapat sijil kelahiran sebelum dilahirkan??? Waktu tu 29
Januari 1992 pun belum menjelang lagi… sedangkan ana lahir 29 Disember 1991…
ya, hari tu dah betul… tapi bulan? apatah lagi tahun… beza setahun tu… ana tak
tahu la masa tu berlaku perang antara ibu dan ayah ana atau tak…tapi mereka
bahagia sampai sekarang… hehe memang
waktu tu ibu ana cakap kalau silap ke apa ke atas sijil kelahiran memang tak
boleh padam dah… jadi,ana pun sampai besar la guna tarikh lahir tu… 29 Januari
1992… daftar masuk sekolah pon guna tarikh lahir tu… sama dengan mereka-mereka
yang dilahirkan pada tahun 1992… maka rugilah setahun hidup ana… tapi
kawan-kawan ana tak tahu pun tentang ni dan ana sendiri tak tahu pun lagi masa
ni…
Namun begitu,setelah ana mencecah usia 12 tahun,atuk
ana bawa ana pergi Pejabat Pendaftaran (PP) untuk buat IC ataupun Kad
Pengenalan… ayah ana ada cuma dia sibuk masa ni…maka atuk ana yang hensem dan
baik hati pun membawa ana ke PP… sampai saja di PP,kami masuk ke dalam ruang
menunggu…kemudian,staf yang bertugas suruh isikan borang maklumat sebelum
tunggu untuk ambil gambar…ana pun isi borang tu dengan tulisan yang paling
cantik..hehe setelah siap,ana menyerahkan kembali borang tersebut kepada staf
dan dia juga meminta sijil kelahiran ana sebagai rujukan… ana duduk di kerusi
menunggu…tapi tidak lama selepas tu ana dipanggil semula oleh staf
berkenaan…dia kata pada ana, : “Adik,erm…tarikh lahir adik di sijil kelahiran
ni salah la…computer kami dapat mengesannya. Adik diminta untuk mengisi borang
ni untuk membuat sijil kelahiran yang baru sebelum kami membuat kad pengenalan
adik. Ini adalah tarikh lahir yang sebenar. ” Ana yang tak tahu apa-apa terkejut dan pelik
memandang kertas yang dihulurkan oleh staf tersebut yang tertera satu tarikh
yang asing bagi ana (29 Disember 1991)…kenapa selama ni ana tak diberitahu? Ibu
dan ayah terlupa barangkali… setelah selesai urusan menukar sijil kelahiran
baru dan membuat kad pengenalan,ana dan atuk pulang ke rumah… di rumah,pelbagai
soalan ana ajukan kepada ibu..dan ibu pun menceritakan satu persatu kepada ana
dengan jelas… ok,ana rasa macam nak saman polis yang silap tulis tarikh lahir
ana tu… kalau dia masih ada… hehe huisy,tak payah la… benda dah lama pun…
Setelah tamat darjah 6,tahun berikutnya ana
mendaftar ke sekolah menengah…dan sejak itu masalah mengenai tarikh lahir ana
pun mula dipersoalkan…setiap kali ana menyerahkan salinan kad pengenalan atau
sijil kelahiran kepada guru sekolah,pasti selepas itu ana akan dipanggil semula
oleh guru berkenaan… ana pun menerangkan panjang lebar… dan kawan-kawan sekelas
dan setingkatan pun akan bertanya benda yang sama… “Eh,Fathin,kenapa kamu lahir
tahun 1991? Sepatutnya kamu lahir tahun 1992 sama macam kami semua..” dan berbuihlah mulut ana sebab asyik citer
benda yang sama setiap kali orang mempersoalkan tarikh lahir ana… sampaikan
masa ana daftar masuk asrama,penyelia asrama panggil ana ke pejabat dia…ana
ingat ana masih tak bayar yuran makan untuk bulan tu, tapi rupa-rupanya nak
tanya pasal tarikh lahir…sebelum tu penyelia asrama tu ada menanyakan hal
tersebut kepada warden,tapi jawapan warden tu mungkin meragukan…hehe nak tahu
warden tu cakap ape : “owh,budak tu peralihan sekolah agama tu…” sedangkan ana
sekolah agama pun sampai darjah 3 je… itu pun sekolah petang… bukan sekolah
rendah agama penuh pun…hehe tidak mengapalah… nasib baik ana boleh ambil PMR
dan SPM… jadi,tak ada masalah sangat la kan…
Kemudian,setelah habis sekolah,masuk Universiti
pula…benda yang sama dan soalan yang sama ditanya oleh rakan-rakan dan
pensyarah…kalau ada pensyarah yang kesah,dia akan tanya…yang tak kesah,Alhamdulillah…tak
payah la ana nak bercerita panjang lebar…tapi dalam kelas ana ada juga seorang
lagi kawan ana yang lahir pada tahun 1991 sama macam ana… ha,dia baru betul
peralihan sekolah agama…sebab dia sekolah agama dari Tingkatan 1… dia sendiri
cerita macam tu… tapi kat U orang mula-mula fikir yang ana pun sama macam kawan
ana tu,peralihan sekolah agama sebab cara pemakaian ana dan ‘style’ ana dari
start masuk semester 1 memang mengalahkan budak lepasan sekolah agama…hehe
sampaikan orang yang nak mula berkenalan dengan ana pun akan tanya soalan macam
ni : “ Anti ni dari sekolah agama mana? “
soalan tu memang dah lali sama macam soalan mengenai tarikh lahir tu… tak
kesahlah,yang penting sekarang ana bahagia hidup dengan tarikh lahir yang baru…
Oppsss…bukan yang baru,tapi yang asal… “tarikh lahir yang asal”… kalau ikutkan
ana dah tamat pengajian diploma sekarang ni…tapi disebabkan masih ikut ‘flow’
perjalanan tahun ana ‘start’ daftar sekolah dulu,ana terpaksa mengikut
pengajian diploma yang masih berbaki lagi setahun bersama-sama dengan mereka
yang ‘bach’ 1992…agak kerugian di situ…tapi tak mengapalah… walaupun ana paling
tua dalam kalangan rakan-rakan,ana tak nafikan yang perangai ana masih
kebudak-budakkan…kadang kala tak matang pun…hehe sampai satu tahap kawan ana
tegur ana masa ana wat perangai budak-budak, : “Nina,hang kena sedaq yang hang
tu TUA daripada kami” haha ayat dia
memang kejam… eh,baru perasan,tadi Fathin,ni Nina pulak…mana satu nama ana
ni??? Ha,nantikan kisah nama ana pulak lepas ni..haha gurau je… amboi,dah
cerita pasal tarikh lahir,dia nak cerita pasal nama dia pulak…melampau la tu…
Walau apa pun ana tidak mahu menyalahkan sesiapa
mengenai kesilapan tarikh lahir yang berlaku pada ana ni yang telah menyebabkan
ana kerugian masa selama setahun… ana sentiasa berdoa semoga ada hikmah
disebalik kejadian yang berlaku ni…Ya, Allah tak tunjukkan sekarang tapi
mungkin hikmahnya akan terbongkar pada masa akan datang… insyaAllah… mohon maaf jika ada mengguris
hati sesiapa di dalam coretan kisah ana ni… kesempurnaan itu sesungguhnya milik
Allah SWT dan segala kelemahan adalah dari ana yang sentiasa lalai dan alpa….
Sekian…

No comments:
Post a Comment