Thursday, 28 February 2013

Rahsia Allah S.W.T.


Assalamualaikum….

              Kepada follower Aisya Humaira…ape khabar imanmu sekalian???wahhh…bunyi cam ramai je follower…hehe walhal seorang dua je pun…hehehe dah lama ana menyepi..bukan sebab tak ada idea nak karang blog….tp disebabkan ana tengah busy menghabiskan sisa-sisa terakhir pengajian ana di universiti…banyak perkara yang perlu dibereskan sebelum ana habis belajar ni…dan banyak juga perancangan yang perlu diatur supaya ana tak tersalah langkah dalam proses anjakan paradigma yang bakal berlaku dalam hidup ana nanti…
                  Berbalik kepada tujuan utama ana menulis blog kali ni adalah untuk menceritakan satu kisah yang mungkin dapat memuhasabahkan diri ana dan juga para pembaca…
Ceritanya bermula begini…Ada seorang gadis yang biasa-biasa sahaja dari segi penampilan dan akhlaknya,Qalisya…tetapi dia sangat sukakan perubahan yang menjurus kearah kebaikan…dia selalu mengharapkan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini…dalam proses perubahannya itu,dia diuji dengan dihadirkan perasaan cinta kepada manusia bernama Imtiaz…Imtiaz sangat baik dan soleh dari pandangan fizikal…dia juga adalah seorang yang berpendidikan agama tinggi…setelah mengenali Qalisya, jiwa dan naluri lelaki Imtiaz sangat terusik dengan kelembutan dan kesopanan gadis bernama Qalisya…dia dibayangi wajah Qalisya sehinggakan dia sudah tidak tertanggung lagi perasaan yang kian berbunga dan bergetar itu…begitu juga dengan Qalisya..dia seolah-olah jatuh cinta pandang pertama terhadap Imtiaz…Qalisya sebelumnya memang tidak pernah rapat dengan mana-mana kaum adam melainkan adik dan abang serta ayahnya…
        Akhirnya mereka berdua menyatakan perasaan cinta dari hati ke hati masing-masing…maka,bermulalah babak cinta yang penuh drama antara mereka…seperti insan lain yang bercinta…Cuma bezanya mereka tidak pernah bertemu di luar pengetahuan ayah dan ibu mereka…mereka juga menjaga batas pergaulan masing-masing…setiap kali hendak berjumpa,Imtiaz akan datang bertandang ke rumah Qalisya sambil disaksikan ibu atau ayah Qalisya…kadangkala mereka tidak berborak pon kerana Imtiaz rancak berborak dengan ibu dan ayah Qalisya…Perhubungan mereka berpanjangan selama 2 tahun lebih sehinggalah mereka masing-masing menyambung pelajaran ke universiti tempatan. Di universiti, Qalisya semakin berubah…dia selalu menyertai program persatuan mahasiswa islam di universitinya…sedikit sebanyak dirinya ditarbiyah dan dia mula merasakan cinta antara dia dan Imtiaz seakan sia-sia dan membuang masa…Imtiaz bukan mahramnya dan belum tentu menjadi suaminya. Pergaulan atau perhubungan antara dia dan Imtiaz bahkan dapat merosakkan hati yang telah sedia bertompokan hitam…Imtiaz pula walaupun selalu mengajak Qalisya melakukan kebaikan tetapi dia tetap tidak menjaga hatinya dengan sering berhubung dengan Qalisya tidak kira melalui SMS atau panggilan telefon. Qalisya cuba memikirkan bagaimana cara untuk menasihati Imtiaz dengan harapan Imtiaz akan tersedar bahawa “matlamat tidak menghalalkan cara”…apa yang mereka lakukan walaupun nampak baik pada mata kasar namun hakikatnya dalam agama Islam tidak ada istilah bercinta sebelum nikah…cinta itu tidak salah,tetapi cara menguruskan cinta itu yang salah…
               Pada masa yang sama,Qalisya terjumpa banyak blog dan cerpen yang mengisahkan “Aku tinggalkan dia kerana aku cintakan Dia” iaitu mengisahkan pasangan yang berpisah kerana masing-masing mendambakan Cinta yang hakiki dari Allah SWT… maka,suatu hari setelah memperoleh kekuatan,Qalisya akhirnya menerangkan kepada Imtiaz…dan dia mengambil keputusan untuk tidak menghubungi antara satu sama lain…Imtiaz akur namun berjanji untuk menunggu Qalisya dan akan setia sehingga tiba masanya…
Bulan berganti bulan,Qalisya merasakan dia sudah berjaya berpuasa…berpuasa dalam erti kata mengawal perasaan dari mengingati lelaki yang dicintainya…dia yakin akan janji yang telah dilafazkan oleh Imtiaz beberapa bulan yang lepas…janji bahawa dia akan menunggu Qalisya…
Namun, pada suatu hari, Qalisya mendapat tahu berita dari sahabatnya yang belajar di universiti yang sama dengan Imtiaz bahawa Imtiaz sudah punya pengganti dan sedang asyik bercinta dengan gadis tersebut…lebih mengecewakan Qalisya apabila gadis tersebut adalah orang yang selama ini Qalisya percaya sebagai sahabat kepada dia dan Imtiaz…
Kepercayaan Qalisya kepada lelaki bernama Imtiaz luntur serta merta seperti kain putih yang kekotoran lalu disimbah dengan cecair klorox…memang sukar untuk menerima hakikat bahawa lelaki yang dianggap setia telah pun berubah hati…Qalisya berkongsi kesedihannya dengan sahabat dan ibu yang disayangi…ibunya turut merasakan derita jiwa anaknya itu…sebagai ibu,dia pasti menginginkan yang terbaik untuk anaknya…dia pasti mahu melihat anaknya bahagia…lalu ibu berpesan, “Bersabarlah wahai anakku…pasti Tuhan telah menetapkan jodohmu dengan lelaki yang lebih baik daripada dia…pasti ada hikmah yang besar di sebalik apa yang berlaku,nak…maka akan datang,pilihlah lelaki yang cintanya hanya kepada Allah SWT…jika dia setia mencintai Allah SWT,maka dia juga akan setia mencintaimu…insyaAllah…bersabarlah kerana itu lebih baik…”. Maka Qalisya termakan dengan pujukan ibunya…dia sabar menerima ujian itu…dia semakin kuat untuk memperbaiki diri dan mentarbiyah hatinya…dia memperbaharui imannya setiap hari dengan zikir,al-Quran, dan berhalaqah…Alhamdulillah,dia menjadi seorang gadis yang kuat dan matang…
Hampir setahun berlalu…Qalisya semakin 100% melupakan lelaki tersebut…selama hampir setahun jugalah Qalisya memperbaiki diri…ukhuwah dengan sahabat-sahabat semakin rapat terutama dengan Balqis…Balqis selalu menasihati dan memberikan kata-kata semangat kepada Qalisya…Qalisya sangat selesa berkawan dengan Balqis sehinggakan apa sahaja perbuatan Balqis dapat membawa Qalisya mengingati Allah SWT serta perjuangan Rasulullah SAW…
                  Hari yang sangat gembira Qalisya rasakan kerana dia lagi berada di rumah bersama keluarga tercinta…menikmati cuti semester  di rumah…sedang asyik Qalisya menonton televisyen,tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Qalisya lihat nombor yang suatu ketika dulu pernah disimpannya dan kini dia sudah hampir memadamkan nombor tersebut dari ingatannya…Qalisya merasakan sesuatu yang aneh…tetapi dia tidak mempedulikannya…beberapa hari kemudian,Qalisya ingin menghantar mesej kepada salah seorang sahabatnya…namun entah bagaimana,mesej tersebut tersalah hantar…dan telah terhantar kepada nombor lelaki tersebut…Qalisya tidak tahu bagaimana boleh jadi begitu sedangkan selama ini dia sangat berhati-hati menghantar mesej…lalu,mesejnya berbalas dengan salam…Qalisya memohon maaf atas kecuaiannya…tidak mengapalah…namun pada keesokan harinya,Qalisya mendapat mesej yang sangat menyeramkan dari nombor yang tidak dikenali…mesej tersebut seolah-olah memberi amaran kepada Qalisya agar tidak menganggu kebahagiaan orang lain…Qalisya sangat terkejut membaca mesej tersebut…fahamlah dia dari siapa mesej tersebut dihantar..lalu,dia menceritakan kepada Balqis…Balqis seperti biasa menasihati Qalisya agar kuat dengan ujian tersebut dan Qalisya membalas mesej berbentuk amaran itu dengan pendekatan lembut kerana dia yakin api yang marak menyala kalau disimbah air akan terpadam juga…tanpa pengetahuan Qalisya,Balqis pula menghantar mesej kepada Imtiaz untuk minta penjelasan mengenai ‘kekasih’ Imtiaz yang memberikan mesej amaran kepada Qalisya…maka,terbongkarlah satu rahsia…
Setelah tamatnya cuti semester,Qalisya kembali ke kolej…teramat rindu kepada sahabat yang sangat dikasihinya,Balqis…apa yang berlaku sepanjang cuti semester diceritakan dengan lebih jelas kepada Balqis…dan Balqis pula menceritakan satu rahsia kepada Qalisya…Qalisya sangat terkejut dengan cerita tersebut…rupanya,Imtiaz sedang menghadapi masalah dengan ‘kekasih’ yang kononnya telah dirisik oleh Imtiaz itu…Imtiaz tidak suka ‘kekasih’nya menghantar mesej seumpama amaran kepada Qalisya…dan Imtiaz mengaku sebenarnya dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap kekasihnya itu yang suka mendesak dan tidak mahu mengalah…kebetulan,dia baru sahaja terjumpa nama facebook Qalisya sudah tersenarai dalam block list ‘muka bukunya’…patutlah dia tidak menjumpai nama tersebut setelah hubungannya dengan ‘kekasihnya’ itu rapat…maklumlah,setelah rapatnya mereka,segala maklumat tentang Imtiaz sudah tidak menjadi rahsia lagi…langkah seterusnya,Imtiaz add semula Qalisya di facebook…kemudian,dalam diam Imtiaz berbalas SMS dengan ibu Qalisya dalam usaha untuk memohon maaf dan membetulkan kesilapannya setelah dia tersedar dan boleh menilai yang mana intan dan yang mana permata…mungkin selama ni dia tidak tahu sifat sebenar ‘kekasih’nya itu…namun begitu,rahsia Imtiaz berbalas SMS dengan ibu Qalisya akhirnya sampai ke pengetahuan Qalisya…itu pun sebab ibu Qalisya sendiri yang terlepas cakap…Qalisya tidak mahu lagi melayan semua yang berkaitan perasaan,maka dia ambil keputusan untuk mengabaikan saja SMS Imtiaz kepada ibunya…tetapi,pada suatu hari,Imtiaz pergi bertandang ke rumah Qalisya kerana ingin menziarahi ibu Qalisya yang baru sahaja keluar dari hospital akibat penyakit jantung…peluang tersebut tidak disia-siakan oleh Imtiaz untuk menambat semula hati ibu Qalisya dan berjanji tidak akan mengecewakannya lagi…dia mengaku kesilapannya…apa yang mampu ibu Qalisya buat ialah menasihati Imtiaz supaya menjadi lebih matang dan tidak mensia-siakan Qalisya jika diberi peluang kedua…dan ibu Qalisya cuma mampu memberi harapan namun yang membuat keputusan adalah Qalisya sendiri sama ada mahu menerima Imtiaz semula atau tidak…
                  Imtiaz setiap hari menghantar SMS berupa kata-kata perangsang dan kata-kata hikmah kepada Qalisya…namun Qalisya hanya membiarkan sahaja mesej tersebut…sampailah satu hari akhirnya Qalisya membalas juga mesej yang dihantar oleh Imtiaz...itu pun atas pujukan ibunya yang meyakinkannya bahawa Imtiaz sudah berubah…namun kayu ukur untuk Qalisya memilih  berkawan dengan lelaki kali ini sudah berbeza…dia meletakkan syarat yang bakal menguji tahap kesetiaan dan kejujuran Imtiaz…hari demi hari,imtiaz cuba mengambil semula hati Qalisya walaupun dia tahu tak mustahil kerana hati Qalisya sangat lembut dan sifatnya yang tidak pandai menyimpan dendam terhadap orang yang berbuat ‘tidak baik’ terhadapnya...lagi pun dahulu Qalisya pernah memberinya satu barang dan dia disuruh berjanji “jika di hati Imtiaz sudah ada yang lain,maka pulangkan semula barang ini kerana ia sangat berharga buat Qalisya…”.Jadi,barang itulah yg mengikat hati mereka sampaikan Imtiaz tidak mampu dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk memulangkan semula barang tersebut kepada Qalisya walaupun ketika Imtiaz bersama ‘kekasih’nya…bagi Imtiaz, ‘kekasih’nya itu mungkin hanya memiliki jasadnya namun tidak mungkin memiliki hatinya kerana hatinya masih pada Qalisya…
Manusia sangat ramai dengan pelbagai jenis warna kulit,pelbagai usia dan dari segenap pelosok negara Malaysia hadir dalam satu himpunan yang menggegar dunia…di dalam barisan manusia yang tersusun kukuh itu Qalisya dan sahabat-sahabatnya berjalan tanpa mempedulikan panas terik dan penat yang menjalar ke seluruh kaki dan badan dek kerana berjalan sejauh 6km meredah jalan raya…di suatu sudut yang lain,Imtiaz dan sahabat-sahabatnya juga sedang mara ke satu tujuan yang sama dengan Qalisya…masing-masing tahu bahawa mereka berada di tempat yang sama dan menuju arah yang sama…cuma peluang untuk mereka bertemu mungkin agak mustahil kerana pergerakan terbatas dengan ribuan manusia yang membanjiri stadium tersebut…ditambah pula line telefon bimbit yang terputus tiba-tiba…setelah program berakhir,semuanya berebut-rebut untuk keluar dari stadium…dalam hati Qalisya berdoa “ya Allah ya Tuhan ku,jika benar dia adalah jodoh ku,maka pertemukanlah kami,ya Allah…jika dia bukan jodoh ku,jauhkanlah dia dari pandanganku...Amin…”. Imtiaz juga dalam diam mendoakan perkara yang sama seperti yang didoakan oleh Qalisya…setelah beberapa minit perjalanan keluar dari stadium,di deretan gerai-gerai,Qalisya seakan perasan seseorang yang amat dikenalinya berjalan dari arah bertentangn. Imtiaz! Dia nampak Imtiaz juga merenungnya Cuma yang peliknya dia tidak menyapa Qalisya setelah mereka berselisih…baru Qalisya teringat yang dia memakai niqab,mestilah Imtiaz buat tak tahu saja…Qalisya toleh ke belakang mencari Imtiaz dan memanggil namanya. “Imtiaz!” dia menoleh ke arah suara Qalisya lalu tersenyum… dia datang ke arah Qalisya dan tergamam..tidak bersuara…akhirnya Qalisya juga yang membuka mulut menanyakan beberapa soalan, “balik naik apa?”, “balik dengan bas dengan kawan”, “kenapa patah balik”, “owh..hehe cari kawan yang hilang…dia sesat…” , “tak apa la,Qalisya minta diri dulu,kawan dah tunggu…”. Qalisya berlalu pergi dan lenyap dari pandangan Imtiaz…
Pertemuan antara Imtiaz dan Qalisya pada tempoh hari sangat memberi kesan yang mendalam terhadap meraka berdua…Imtiaz pula semakin yakin akan takdir yang telah ditetapkan Allah SWT…dan dia semakin yakin,mungkin Allah SWT mahu menunjukkan bukti bahawa Qalisya adalah jodohnya dengan pertemuan yang tidak disangka-sangka itu…
Qalisya pula masih tidak pasti dan tertanya-tanya…apakah pertemuan tersebut bakal merubah keadaan??? Hmm…
            Ternyata benar…semakin hari Qalisya kerap dibayangi Imtiaz dalam mimpinya dan perasaan aneh mula menjalar…Qalisya minta nasihat sahabat-sahabat dan keluarga tentang usaha Imtiaz yang nak berkawan dengannya semula itu…tetapi hasihat yang diterima adalah saranan supaya Qalisya berkawan semula dengan Imtiaz dan memberikannya peluang kedua…Qalisya akur dengan nasihat tersebut walhal dalam hati memang masih ada perasaan terhadapnya…hehe Cuma kali ini Qalisya perlu meletakkan batas-batasnya supaya tak terus hanyut dan lupa akan cinta hakiki…
Sewaktu cuti pertengahan semester, Imtiaz dijemput untuk menghadiri majlis kesyukuran di rumah datuk dan nenek Qalisya…itu adalah pertemuan pertama setelah pertemuan yang tidak disengajakan tempoh hari…selang sehari,sepupu Imtiaz iaitu Zahra mengajak Qalisya keluar ke Bandar bersama mereka untuk bersiar-siar….Zahra memang teringin untuk bertemu dengan Qalisya...apa tidaknya, nama Qalisya sudah heboh dan sering disebut-sebut oleh keluarga Zahra dan Imtiaz…dan paling membuatkan Qalisya terharu apabila namanya disebut-sebut oleh emaknya Imtiaz…memang jauh di sudut hati Qalisya juga teringin untuk bertemu dan mengenali dengan lebih dekat emak Imtiaz…
Ternyata hasrat Qalisya untuk bertemu dengan emak imtiaz termakbul…suatu pagi,Qalisya sekeluarga keluar untuk menghantar abang Qalisya ke stesen bas..setelah itu,mereka pulang ke rumah…tetapi sampai di persimpangan jalan,ayah meneruskan perjalanan….katanya ingin membeli ikan untuk santapan tengah hari…Qalisya terfikir, ‘ada ke orang jual ikan belah sana’…setahu Qalisya cuma ade satu saja gerai jual ikan…gerai emak Imtiaz!!! Hmm…memang tepat sangkaan Qalisya,ayahnya berhenti betul-betul depan gerai emaknya Imtiaz..dan Imtiaz pun ada sekali…Qalisya pandang ayah yang dah tersengih-sengih macam kerang busuk…nakal la ayah ni…hehe nak tak nak Qalisya terpaksa tebalkan muka dan kawal perasaan untuk berhadapan dengan emak Imtiaz…emaknya senyum memandang Qalisya dan bertanyakan soalan yang sepatutnya, “Qalisya nak makan ikan apa?pilih je…” Qalisya senyum sambil menunjukkan ikan yang bermata besar itu…dan ibu Qalisya pula memilih ikan yang kulitnya agak keras untuk dibuat ikan bakar…hehe Imtiaz hanya memandang gelagat Qalisya dengan emaknya dengan senyuman yang panjang hingga ke telinga…sementara itu,ibu rancak bersembang dengan emaknya…entah apa yang disembangkan oleh mereka…setelah minta diri untuk pulang,Qalisya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan emaknya Imtiaz…emaknya senyum dan berkata, “ambil berkat bakal mak mertua ni” hehe ternyata emaknya sangat peramah dan mudah mesra walaupun kami baru pertama kali bersua…
“2 tahun lagi…sabar ye…” ayat itulah yang sering diulang oleh Imtiaz apabila berbalas SMS dengan Qalisya…Qalisya tidak faham apa maksudnya Cuma dia mengharap yang terbaik sahaja dari kata-kata tersebut….dan Qalisya masih berpegang dengan prinsip “tak perlu risau atau takut akan kehilangan seorang lelaki selagi dia tidak halal buat kita…dia bukan milik kita…hakikatnya milik Allah SWT juga…” dan ingatlah pesan Allah SWT dalam surah An-Nahl 16 : 96 mafhumnya “Apa yang ada pada kamu akan lenyap,dan apa yang ada di sisi Allah SWT akan kekal, dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan.
                                                                                                                          Bersambung…….
Cerita ini tiada kaitan dengan yang telah meninggal dunia…mohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam cerita ini tidak kira dari segi apa pun...segala yang baik itu datang dari Allah SWT,dan segala kekurangan adalah dari ana sendiri…terima kasih…

*kita akan sering diuji…maka bersabarlah dalam menempuh ujian…
*Semoga tidak terus hanyut dek cinta dunia dan manusia…letakkan cinta Allah SWT dan rasul yang teratas…
*Berusaha untuk berubah walaupun ia sukar…
*Cuba untuk berbuat baik sekali pun dengan musuh...
*Jangan menganggap sesuatu itu milik kita sedangkan kita juga milik Allah SWT…

No comments:

Post a Comment