Hari ini seperti biasa Heliza pergi ke perpustakaan untuk 'study' kerana pensyarahnya akan mengadakan kuiz dan 'test' hampir setiap minggu. Heliza duduk di satu meja di bahagian penjuru ruangan perpustakaan tersebut. Tidak lama selepas itu,dia bangkit dari duduknya lalu pergi ke rak untuk mencari buku yang diperlukan. Beberapa minit setelah dia menemukan buku tersebut, dia pun kembali ke tempat duduknya. Lalu dia terpandang akan satu kotak berwarna peach lembut yang berada betul-betul di atas timbunan bukunya. Heliza mencapai kotak kecil itu lalu membukanya dengan berhati-hati. Di dalam kotak hanya terdapat sekeping puzzle dan gulungan kertas kecil yang tertulis : "Stop saying 'I Wish',start saying 'I Will'..." -SPWSA
Gambar Hiasan
Minggu berikutnya Heliza kembali seperti biasa ke perpustakaan setelah beberapa hari Heliza tidak ke situ. Sekali lagi Heliza menerima kepingan puzzle dan sekeping kertas kecil yang tertulis : "Don't Pray For Life to Be Easy,But Pray for Yourself to be Strong..."-SPWSA. Kali ini hati Heliza mula tertanya ...'siapa pula yang rajin sungguh mengirim kepingan puzzle dan kata-kata hikmah ini?'
Heliza menyambung pembacaannya setelah menyimpan puzzle tersebut ke dalam beg.
Hal sedemikian berlanjutan setiap kali Heliza 'study' di perpustakaan. Heliza resah apabila kerap menerima kepingan puzzle berserta cebisan ayat tersebut. Dia tertanya-tanya siapakah gerangan insan yang sungguh baik hati itu. Pernah beberapa kali dia cuba untuk mengintip pemberinya tetapi gagal kerana setiap kali dia bangun untuk mencari buku dan kembali semula ke meja pasti satu kotak kecil sudah berada di atas mejanya. Kini sudah hampir satu balang puzzle yang dia terima manakala cebisan-cebisan kertas yang mengandungi kata-kata hikmah diselitkan di dalam buku nota.
Heliza pulang dari perpustakaan dan terus ke biliknya. Dia meletakkan beg dan buku-bukunya di atas meja 'study' dan membuka balang yang berisi puzzle. Lalu dia memasukkan satu lagi kepingan puzzle ke dalam. Sahabat sebiliknya dari tadi memerhatikan gelagat sahabatnya itu. "Dapat puzzle lagi ke,Heliza?" Heliza memandang sahabatnya sambil tersenyum. "Iya Hanis,dapat puzzle lagi."
"Kenapa Heliza tak cuba susun puzzle tu?Manalah tahu ada mesej yang ingin disampaikan..." Ujar Hanis. "Erm...tengok la nanti.Heliza busy la nak main puzzle ni.." Jawab Heliza sambil berlalu ke kamar mandi.
Setelah tiga tahun setengah Heliza bertungkus-lumus dalam pengajiannya,akhirnya dia mendapat segulung ijazah sarjana mudanya. Maka, sudah tiba masanya diamenyiapkan diri untuk menempuh alam pekerjaan pula. Heliza amat gemar bidang perniagaan dan dia yakin dapat mengubah nasib keluarganya jika dia menceburi bidang tersebut. Kini, Heliza sedang sibuk menjalankan 'business online'nya. Dia memilih untuk mengusahakan perniagaan 'online' dengan seorang sahabatnya. Mereka punya minat yang sama dan sejak dari zaman universiti lagi mereka sudah rapat.
Lusa genap umur Heliza 23 tahun. Petang tadi dia mendapat panggilan dari ibunya. Ibu menyuruh Heliza pulang kerana ada urusan penting. Heliza juga kebetulan berhasrat ingin pulang ke kampung. Namun urusan penting tersebut dirahsiakan oleh ibunya. Heliza berasa pelik dan tidak tahu mengapa ibunya seperti berkeras mahu dia pulang ke rumah. Maka esok dia akan menaiki bas untuk pulang ke kampung halamannya.
Setelah berada di kampung,ibu dan ayahnya pun memberitahu urusan penting yang mereka ingin khabarkan itu. Sebenarnya ada satu rombongan yang akan datang meminang Heliza. Heliza pada mulanya agak terkejut dengan berita itu, namun dia akur dengan apa yang bakal berlaku. Persiapan untuk menyambut rombongan itu disiapkan sekadarnya. Pada malam sebelum hari kejadian, Heliza solat istikharah dan berdoa pada Allah SWT memohon petunjuk dan pertolongan dari Nya. Heliza pasrah jika ini yang ditakdirkan untuknya. Dia menerima pinangan tersebut dan majlis akan dilangsungkan 3 bulan lagi.
Selama menjadi tunangan orang, Heliza tidak pernah berhubung dengan tunangnya melainkan ada perantara iaitu ayahnya. Apa sahaja keputusan Heliza serahkan sahaja kepada ayah dan ibunya kerana dia tahu ayah dan ibunya pasti mengaturkan yang terbaik untuk dia. Maka, setelah 3 bulan,hari yang penuh debaran sudah tiba. Dengan sekali lafaz, Heliza sah bergelar isteri kepada pemuda tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Majlis yang sederhana namun meriah dengan kehadiran sahabat-sahabat dan sanak saudara. Pada malam tersebut,setelah selesai solat berjemaah, Heliza terpandang akan kotak kecil di atas dulang hantarannya. Lalu dia mencapai dan membuka kotak tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila dalam kotak itu terdapat sekeping puzzle dan cebisan kertas yang tertulis : "Good Women Are for Good Men" -SPWSA
Heliza lantas memandang suaminya dan terlihat akan segaris senyuman terukir di bibir suaminya. Heliza pergi mendapatkan balang berisi puzzle dan menuang kesemua puzzle tersebut di atas lantai. Dia pun duduk bersimpuh sambil menyambung kepingan-kepingan puzzle tersebut. Heliza bertungkus-lumus menyiapkan puzzle itu sambil diperhatikan oleh suaminya. Setelah 2 jam akhirnya kepingan terakhir berjaya melengkapkan puzzle pemberian suaminya itu. Heliza terpegun apabila melihat gambar yang tertera di dalam puzzle itu.
Heliza tertanya-tanya bagaimana suaminya boleh tertarik dengannya,bagaimana suaminya peroleh segala maklumat tentangnya termasuk nombor telefon bapanya. Yang penting Heliza terharu dengan tindakan suaminya yang sangat menghormati pendiriannya. Puzzle tersebut dikirim oleh suaminya kepadanya melalui perantara yang dirahsiakan identitinya.
Akhirnya Heliza dan suami bahagia dan setelah berkahwin perniagaan Heliza semakin meningkat maju. Dan puzzle tersebut 'dibingkaikan' dan menjadi perhiasan dinding di rumah mereka. Ia menjadi kenangan yang paling comel buat Heliza.
Gambar Hiasan
No comments:
Post a Comment