Sunday, 3 June 2012

Warkah Cinta Buat Naim...


Assalamualaikum….

Pertama sekali,Fathin minta maaf jika kehadiran surat ini mengganggu Naim. Fathin juga harap Naim berlapang dada dengan apa yang ingin Fathin perkatakan. Naim,kerana sayang inilah Fathin terpaksa meninggalkan Naim. Fathin tidak sanggup melihat Naim terus lalai dan leka. Naim sedar tak bahawa sudah banyak dosa yang kita lakukan bersama? Kisah cinta kita ini sebenarnya mengundang banyak fitnah. Naim,mana mungkin Fathin melupakan kasih yang telah hampir 4 tahun kita bina. Namun, kerana cinta Allah dan Rasul itu, Fathin perlu berubah untuk mengenal Allah dan Rasulullah. Ibu Fathin ada berpesan kepada Fathin. Kata ibu, “Sesuatu yang kita sangka baik tidak semestinya terbaik buat kita kerana kita manusia. Fathin mesti selalu ingat bahawa Allah maha mengetahui yang terbaik buat kita. Kalau Fathin ingkar perintah Allah,Fathin lupakan Rasulullah,maka Fathin tidak akan bertemu bahagia…” . sesungguhnya tidak ada manusia yang akan dapat lari dari kematian. Di Mahsyar Allah nanti, tidak ada pengharapan lain yang ada melainkan syafaat Rasulullah. Menitis air mata Fathin bila terbaca kisah bagaimana rindunya Rasulullah pada kita, kepada Fathin dan juga Naim. Atas usaha,kegigihan, dan pengorbanan Bagindalah Fathin dan Naim bertemu. Kita diajar tentang kasih sayang dan cinta yang suci sebagaimana telah ditetapkan dalam syariat yang dibawa Baginda Rasulullah. Tanpa darah Baginda yang mengalir di Uhud dan Taif,tanpa luka-luka yang Baginda alami di Mekah,tidak mungkin Islam itu akan sampai dan mengajarkan kepada kita tentang kasih sayang. Namun, kenapa kita sendiri yang memesongkannya? Di saat tidak bermakna cinta manusia nanti, kita masih lagi menjadi umat yang dicintai Rasulullah. Tetapi tidak malukah kita mengaku sebagai umat yang mencintai Baginda sedang kita penuhkan kehidupan kita dengan perbuatan maksiat? Rasulullah masih lagi mencintai Naim,mencintai Fathin kerana seluruh kehidupan baginda adalah untuk kita,umatnya. Jika Rasulullah ada di hadapan kita sekarang dan menyaksikan perbuatan kita yang keji ini,alangkah dukacitanya Baginda. Kita membalas segala pengorbanan,air mata dan darah baginda dengan menjadi umat yang rosak. Naim,Baginda Rasulullah telah terlebih dahulu berdoa untuk Naim,untuk Fathin. Berdoa agar kita diringankan siksa kematian, berdoa agar kita menjadi umat yang bahagia, umat yang merasa cinta yang sebenar. Naim, Fathin memilih untuk mengasihi Rasulullah lebih dari apa pun. Fathin ingin penuhkan hati Fathin dengan kecintaan kepada Baginda setulusnya. Tidak sekali Fathin ingin kongsikan dan mencemarkan rasa cinta ini dengan cinta yang bertuankan nafsu manusia. Maafkan Fathin…Fathin  telah memilih Rasulullah. Fathin telah memilih untuk bahagia dengan cinta kepada Baginda. Hidayah itu milik Allah,Cinta itu juga milik Allah. Segala yang kita lihat, segala yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata. Sekarang Fathin sedar yang Fathin tidak ada apa untuk berkongsi dengan Naim melainkan rasa cinta kepada Rasulullah. Ketahuilah Shahrul Naim Bin Ibrahim bahawa namamu sentiasa dalam doaku. Dengan air mata dosa ini,Fathin panjatkan doa kepada Allah agar melembutkan hati Naim,menyuburkan cinta Naim kepada Baginda Rasulullah kerana Fathin yakin lelaki sebaik Naim akan menjadi yang terbaik bila mengenal erti cinta kepada Rasulullah S.A.W..











4 comments:

  1. fathin...naim nie stu skola ngn kte dulu kn?
    aww so sweet...

    ReplyDelete
  2. ermmm.... berjihad kerana cinta kepada Rasulullah....alhamdulillah

    ReplyDelete