Kisah Tentang Sahabat
Ada
3 sahabat yang punya karakter yang berbeza tetapi ukhuwah mereka sangat rapat
dan begitu indah bak ombak dan pantai yang tak dapat dipisahkan walaupun
tsunami melanda. Mereka ialah Balqis,Hanina dan Qalisya.Bermula dengan Balqis,dia
adalah seorang yang tegas,tabah,berpewatakan selamba,tetap pendirian,happy
go lucky dan sangat pandai menyimpan rahsia.Dia juga adalah seorang sahabat
yang baik iaitu dia sangat mementingkan sahabatnya berbanding dirinya
sendiri,punya prinsip hidup yang mantap dan tak layan kucing sangat walaupun
dia tak geli dengan kucing(erk,tak ada kena mengena pun!!!). Seterusnya ialah
Hanina iaitu seorang yang penyayang,pemurah,mudah kesian pada
orang,sensitif,tak tetap pendirian,kadang-kadang rock bebeh,’rempang’ tapi takut kucing. Akhir sekali ialah
Qalisya, seorang yang jiwang,sensitif,penyayang,romantik,pendengar yang
setia,tak tegas,selalu tak yakin,kuat cemburu,suka buat lawak walaupun tiada
orang yang gelak,tak tetap pendirian dan susah nak buat keputusan sendiri,jiwa
kacau tapi sangat sukakan kucing sampaikan kalau dia tengah bosan,dia akan
bersembang dengan kucing(erk,lebih-lebih pula). Jika dibandingkan sifat
ketiga-tiga sahabat ini,jelas sekali mereka sangat berbeza dan mungkin sukar
untuk berkomunikasi tetapi setelah mereka saling mengenali,mereka mampu untuk
melengkapi antara satu sama lain. Namun begitu, terdapat satu persamaan antara
mereka yang membuatkan ukhuwah mereka kuat iaitu semangat juang yang tinggi
dalam menegakkan dan mempertahankan Islam. Mereka juga datang dari latar
belakang keluarga yang berbeza walaupun mereka bertiga adalah seperti satu
keluarga. Balqis berasal dari keluarga yang punya fikrah islamiah yang mana ibu
bapanya sering menerapkan nilai-nilai Islam dalam keluarganya dan tiada masalah
langsung dalam berkomunikasi soal agama Islam manakala Hanina juga dari
keluarga yang berfikrah islamiah dan sama seperti Balqis yang tiada masalah
langsung untuk membicarakan soal agama Islam tetapi masalah adalah dari Hanina
sendiri yang pada awal zaman remajanya telah hanyut dan terlalu mengikut arus
budaya remaja yang sifatnya inginkan sesuatu yang baru. Namun begitu Hanina
akhirnya memperoleh hidayah dari Yang Maha Kuasa dan sekarang sudah mampu
manambat hati keluarganya dengan perubahan positifnya itu.Alhamdulillah… Tetapi
berbeza sekali dengan Qalisya yang datang dari keluarga yang tidak terlalu
menitik beratkan soal agama dan syariat Islam. Dia tidak terlalu bebas untuk
berbicara soal agama Islam dengan keluarganya, namun nilai-nilai agama yang dia
bawa dalam keluarganya hari ini adalah semata-mata untuk merubah nasib
keluarganya dan yang paling penting untuk meraih redha dariNya. Cabaran hebat
buat Qalisya untuk merubah keluarganya. Tetapi dengan semangat yang ada, dan
doa yang tidak putus-putus, dia yakin suatu hari nanti impian keluarga
sakinahnya pasti tercapai.InsyaAllah….dan Alhamdulillah,sejak akhir-akhir ini
Qalisya sudah nampak perubahan pada ibunya.
Balqis,Hanina
dan Qalisya juga punya perbezaan yang ketara iaitu mereka bercakap dengan loghat yang berlainan.hehehe…seorang
utara,seorang selatan,seorang lagi pantai timur. Gabungan yang menarik bukan?
Apa
pula kisah cinta mereka ya? Kata mereka,biarlah rahsia. Masing-masing berpegang
dengan prinsip “No Couple before Nikah”. Balqis dan Hanina punya ramai peminat
dan mereka menganggap bahawa itu semua adalah ujian dari Allah SWT yang mungkin
ingin melihat sejauh mana mereka berpegang pada prinsip tersebut. Qalisya pula
bagaimana? Dia tak ramai peminat pun sebab dia tak ada tarikan langsung dan dia
seorang yang biasa-biasa sahaja.
Pernah
suatu masa Qalisya kehabisan wang untuk belanja seharian, hal tersebut disedari
oleh sahabat yang sangat perihatin iaitu Hanina kerana pada kebiasaannya
Qalisya akan ikut serta Hanina dan Balqis untuk makan malam bersama. Tetapi
Qalisya pada hari tersebut menyatakan bahawa dia sudah kenyang. Hanina yang
sangat arif dengan masalah Qalisya terus mengorbankan sedikit wangnya untuk
membeli makanan buat Qalisya. Alangkah hebat Allah SWT yang Maha Pemurah itu.
Hanina juga pernah beberapa kali menghulurkan bantuan kepada Qalisya sehingga
Qalisya menjadi malu dengan sahabatnya itu. Qalisya sebolehnya tidak mahu
mengharapkan yang lain selain Allah SWT. Namun dia sedar bantuan dari Hanina
itulah yang merupakan bantuan dari Yang Maha Esa. Balqis pula terserlah
sifatnya yang tegas dan tabah,dia tidak pernah sekali pun menitiskan air mata
di hadapan sahabatnya. Dia sedaya upaya untuk menjadi penguat kepada 2
sahabatnya. Balqislah penenang dan pendamai di saat Hanina dan Qalisya
kesedihan mahupun punya masalah. Balqis juga sangat menjaga rahsianya dan
rahsia antara sahabatnya kerana dia tahu peranannya sebagai pemegang amanah
yang baik. Kadang kala Qalisya terlihat Balqis sangat khusyuk dalam tahajjudnya
dan lama dia berteleku di atas hamparan sejadah. “Kita bangun tahajjud bukan
sebab iman kita kuat tetapi kita bangun tahajjud sebab kita nak mohon kekuatan
iman kita pada Allah SWT”…. Mungkin berkat tahajjudlah Balqis mampu menjadi
seorang yang kuat dan tabah kerana pergantungan sepenuhnya dia kepada Maha
Pencipta. Qalisya pula tidak banyak peranannya di antara sahabat tetapi yang
dia tahu hanyalah untuk menceriakan sahabatnya setiap kali mereka berusrah dan
berhalaqah bersama. Qalisya tidak setabah Balqis juga tidak pula pemurah dan
perihatin seperti Hanina, namun dia tidak pernah lupa untuk menyalurkan dan
mempamerkan rasa kasih dan sayangnya terhadap 2 sahabatnya itu. Bagi Qalisya,
Balqis dan Hanina adalah keluarganya, seolah-olah mereka kakak dan adik
perempuannya kerana Qalisya merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.
Dalam
waktu 3 tahun perkenalan mereka merupakan satu jangka masa yang singkat namun
mereka tidak terlepas dari konflik dan cabaran dalam persahabatan yang datang
menguji mereka bertiga. Konflik dan masalah tersebut seperti rencah yang
melengkapi setiap rasa dalam masakan. Masakan tidak akan enak sekiranya hanya
punya rasa manis sahaja. Pasti kita menginginkan masakan yang sedap dan punya
rasa masam,manis,pedas dan sebagainya. Maka begitulah kisah sahabat ini.
Walaubagaimana pun, mereka akhirnya menganggap konflik yang terjadi antara
mereka adalah ujian dari Allah SWT dan melupakan sagala rasa tidak puas hati
dan dendam tersebut dengan menggantikannya dengan 3 rukun ukhuwah yang mereka
pegang iaitu bersangka baik,melebihkan sahabat dan berlapang dada. Konflik dan
masalah tersebut akhirnya lenyap bersama air yang mengalir,angin yang bertiup
dan dedaun yang berguguran.
Beberapa
hari lagi sahabat ini akan menamatkan zaman diploma mereka setelah 3 tahun
mereka bersama-sama dalam menggalas beban ilmu,dakwah dan suka duka
persahabatan. Tidak terpamer di wajah akan kesedihan yang bakal ditanggung
untuk berpisah dan tidak tergambar bagaimana saat meleraikan pelukan dan ciuman
terakhir untuk pulang ke tempat asal masing-masing nanti. Sahabat ini terpaksa
akur dengan hakikat pertemuan yang di akhirnya pasti ada perpisahan. Namun
begitu, perpisahan yang bakal berlaku bukanlah penamat kepada hubungan
persahabatan mereka atau bukanlah bermakna akan putus ikatan tali yang mereka
telah simpulkan selama ini. Dengan berbekalkan keyakinan pada Allah SWT, mereka
pasti bertemu semula untuk sama-sama menyambung rantai perjuangan Islam.
InsyaAllah… Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim :
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya : "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri".
No comments:
Post a Comment