Di suatu sudut terlihat anak kecil yang sedang asyik bernyanyi sambil melakarkan sesuatu di atas sekeping kertas lukisan menggunakan warna pensilnya. "Satu satu saya sayang Ummi,dua dua saya sayang Abi.....lalala..." Tersenyum si Ummi melihat keletah anak perempuannya yang baru berusia 3 tahun itu.
"Assalamualaikum..." suara Abi bergema memberi salam. Si kecil Humaira lalu berlari mendapatkan Abinya. "Waalaikumsalam..." Si Ummi menyambut salam tersebut. Beberapa saat sahaja Humaira sudah pun berada dalam dakapan Abinya,sedang memeluk dan mencium Abinya,sehingga membuatkan Umminya cemburu. Si Abi terlihat akan kertas yang berada di tangan Humaira, "Humaira lukis apa ni?Cantiknya..." terserlah bakat seni yang diwarisi daripada Umminya apabila terlihat akan lukisan yang mengagumkan bagi kanak-kanak yang brusia 3 tahun. Sungguh terharu Si Abi melihat lukisan yang dihasilkan oleh anak perempuannya itu, seorang lelaki memegang tangan seorang perempuan bertudung labuh sambil perempuan itu mendukung seorang kanak-kanak perempuan bertudung,berlatar belakangkan sebuah masjid. "Ini Abi,Ini Ummi,Ini Humaira...syemua nak gi masyjid...syolat...yeiiii !!!" Ummi tersenyum mendengarkan bicara Humaira yang masih pelat itu. Namun dalam hati si Ummi terselit sebuah kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan kerana impian 'Keluarga Sakinah'nya sudah tercapai.
Gambaran masa silamnya kembali menerpa. Si Ummi dahulunya berada di dalam sebuah keluarga yang tidak menitik beratkan soal kewajipan agama,syariat diabaikan,hanya berdiri di atas nama Islam namun tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Mengabaikan Solat 5 waktu,tadarus al-Quran,puasa dan amalan-amalan lain. Si Ummi sering berada dalam kesedihan dan dilema apabila melihat seluruh ahli keluarganya terus hanyut. Hanyut dalam erti kata meremehkan amalan wajib dan mengabaikan amalan sunnah. Namun Si Ummi bertekad untuk mengubah nasib keluarganya. Setiap hari dia berdoa agar keluarganya mendapat taufik dan hidayah dari Yang Maha Esa. Dia juga berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang soleh yang mampu membimbing dia dan seluruh ahli keluarganya ke arah mensyariatkan Islam yang sebenar. Pernah juga sesekali semangat Si Ummi jatuh,hampir setiap malam dia berdoa,menangisi nasib keluarganya. Dia benar-benar inginkan suatu perubahan dalam keluarganya. Dia mahukan ayah,abang mahupun adiknya mengimamkan setiap solat jemaah dalam keluarga,bertadarus bersama,saling mengingati antara satu sama lain dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W... Walau bagaimana pun,Si Ummi tetap patuh dan taat akan ibu dan ayahnya kerana merekalah yang banyak berbakti kepada Si Ummi,membesarkan Si Ummi hingga berjaya menyambung pengajian ke Universiti terkemuka di Malaysia.
Antara bait doa yang pernah dilafazkan Si Ummi sehingga berjujuran air matanya, "Allah Ya Rahman Ya Rahim,ampunkan aku dan kedua ibu bapaku,serta seluruh ahli keluargaku...Kau rahmati dan kasihanilah ibu dan bapaku seperti mana mereka mengasihiku sejak aku kecil Ya Allah...kami hamba yang hina Ya Allah...kau campakkanlah keimanan dalam hati kami Ya Allah,berikanlah taufik dan hidayahMu,tuntunlah kami menggapai redhaMu Ya Allah...Jika kau takdirkan aku ke SyurgaMu,maka jangan kau biarkan aku bersendirian di sana tanpa Ibu dan Bapaku...Jika kau takdirkan pula aku ke NerakaMu,maka jangan kau biarkan ibu dan bapaku ikut serta Ya Allah...namun bukan itu yang kuharapkan dariMu Ya Rahman...yang ku harapkankan hanyalah secebis kasih sayang dariMu serta redhaMu terhadap kedua ibu bapaku...Amin..."
"Sayang...sayang...kenapa ni?" Si Abi gelisah melihat air mata Si Ummi tiba-tiba berjujuran jatuh membasahi pipinya. Si Abi lalu menyapu air mata itu dan mendakap Si Ummi erat. "Kenapa ni,tak ada angin,tak ada ribut ni,tiba-tiba menangis?" tanya Si Abi lagi. "Sayang cuma teringatkan Ayah dan Ibu."
"Sudahlah...jangan dikenang lagi masa silam itu,seharusnya Sayang gembira melihat Ayah dan Ibu sudah mendapat hidayah Allah...maka,teruskanlah berdoa agar Allah tidak mengambil semula hidayah yang diberikan kepada mereka,malah terus berdoa agar bertambah iman mereka dan semoga keluarga kita juga berada dalam naungan kasih sayangNya..." Akhir kata Si Abi bersambut dengan perkataan "Amin..." oleh Si Ummi. "Jom,dah nak masuk waktu Maghrib ni..." Si Abi memimpin tangan Si Ummi masuk ke dalam rumah.
Si Ummi berasa sungguh bersyukur kerana Allah akhirnya mendengarkan setiap doanya...kini Si Ummi merasakan bahawa dia adalah wanita yang paling bahagia di dunia kerana memiliki keluarga yang "Patuh Syariat dan Mengamalkan Sunnah" ..... Alhamdulillah... Si Abi adalah insan yang paling banyak membantu dalam proses membina keluarga sakinah impian si Ummi...setiap minggu mereka akan melapangkan masa untuk bersama keluarga menghadiri majlis ilmu,paling tidak si Abi sendiri akan mengadakan majlis ilmu untuk keluarga kedua belah pihak. Rumah keluarga mereka juga semakin berseri dengan adanya Tadarus Al-Quran setiap hari...yang paling penting solat jemaah tidak pernah ditinggalkan! :-)
Gambar Hiasan

No comments:
Post a Comment